berita

HONOR 90 Dengan Tiga Spesifikasi Kini Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula Dari RM1,099!

July 21st, 2023 | by Azyan
Kini Trending

Masanya sudah tiba guys! Selepas beberapa bulan berteka-teki, peminat-peminat Honor pun sudah lama ternanti-nanti bila agaknya siri terbaru ini akan dilancarkan, akhirnya ia sudah tiba di Malaysia!

Hadir dengan tiga spesifikasi berbeza dan pelbagai ciri yang menarik pula tu sebab HONOR sentiasa berusaha untuk memberikan pengguna pengalaman yang luar biasa! Memang luar biasa!

Mana yang tak sabar nak beli tu, baca dulu sampai habis sebab ada promosi istimewa tau.

Terdapat 3 model HONOR yang korang boleh pilih!

HONOR 90 5G

Lengkap dengan Kamera Super Sensing 200MP Terbaik Dalam Kelas Tersendiri dan Perlindungan Mata Dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko Pertama di Dunia! Wow!

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kamera depan Super Clear 50mp, memberikan kejelasan serta butiran yang tiada tandingan sekaligus membawa revolusi terbaru dalam fotografi telefon pintar! Lagi syok lah nak selfie lepas ni!

Kamera Super Sensing 200MP hadir dengan sensor 1/1.4 inci yang menghasilkan foto HDR (high dynamic range) yang terbaik dan terperinci, tak kiralah sama ada persekitaran terang atau malap, gambar korang tetap akan cantik!

Bukan sahaja kehebatan kamera, tetapi HONOR 90 5G juga memperkenalkan teknologi Perlindungan Mata dengan Pengaturan Cahaya Tanpa Risiko yang pertama di dunia, menyediakan pengalaman paparan bebas kerlipan kepada pengguna sekaligus dapat mengurangkan masalah ketegangan mata dan membuatkan mata lebih selesa!

Ciri-ciri ini telah menerima Pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free yang menyokong frekuensi PWM tertinggi dalam industri iaitu 3840Hz, yang secara efektif!

Paparan HONOR 90 5G juga memiliki ciri-ciri Pemalapan Dinamik yang menghasilkan cahaya semula jadi dan mengatasi masalah keletihan mata manakala paparan Malam Sirkadia HONOR yang menapis cahaya biru dan menggalakkan penghasilan hormon melatonin sekaligus dapat memperbaiki kualiti tidur pengguna pada waktu malam.

Ia juga dilengkapi dengan ruang penstoran sehingga 512GB dan dikuasakan oleh  Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition untuk prestasi lebih lancar.

Korang boleh dapatkan HONOR 90 ni dalam warna Diamond Silver, Peacock Blue dan Emerald Green, dengan dua pilihan 12GB+256GB and 12GB+512GB pada harga masing-masing RM 1,799 dan RM 2,099!

Paling best bila korang membuat pembelian HONOR 90 5G ni pada 22 Julai, korang akan dapat hadiah menarik bernilai sehingga RM647 sebagai tanda penghargaan terhadap pengguna HONOR.

Bukan itu sahaja, pembelian pada 22 Julai juga akan menerima RM150 yang akan dimasukkan ke dalam e-Wallet di kedai terpilih!

HONOR 90 Lite 5G

Bagi yang mencari harga mampu milik tapi inginkan telefon pintar yang mempunyai ciri-ciri yang menarik, korang boleh pilih HONOR 90 Lite 5G ni!

Mempunyai Kamera Ultra 100MP yang hebat, paparan 6.7 inci yang mengagumkan dengan ciri-ciri keselesaan mata, dan memori tambahan 8GB dengan penstoran 256GB.

Tak kira lah gambar berkumpulan, selfie, wefie dalam apa jua keadaan, korang pasti boleh merakam detik-detik manis itu dengan gambar atau video yang cantik!

HONOR 90 Lite hadir dengan warna Cyan Lake atau Midnight Black pada harga RM 1,099.

Jangan risau, dengan pembelian HONOR 90 Lite ni pun korang akan dapat hadiah secara percuma bernilai RM258! 

Selain itu, dengan pembelian tersebut juga korang juga akan menerima tambahan kredit e-Wallet bernilai RM50. Korang hanya perlu membuat pembelian pada 22 Julai di kedai terpilih!

HONOR Pad X9

HONOR turut memperkenalkan tablet HONOR Pad X9!

Memiliki Paparan HONOR FullView 11.5 inci dengan ciri-ciri keselesaan mata, sistem audio enam pembesar suara yang dikuasakan oleh teknologi penyesuaian bunyi HONOR Histen, dan pemproses Qualcomm Snapdragon® 685 4G 6nm, HONOR Pad X9 akan memberikan pengalaman yang berbeza dengan audio yang mengagumkan!

Ditambah dengan bateri tahan lama 7250mAh, pengguna dapat menikmati hiburan tanpa gangguan, sesuai untuk menonton Netflix tanpa henti!

HONOR Pad X9 ni boleh didapati dengan harga RM1,099 tersedia dalam warna Space Grey dengan memori 4GB+128GB.

Korang dah boleh dapatkan Siri Honor 90 ni di outlet yang disenaraikan dibawah!

Korang boleh dapatkan Siri HONOR 90 di:

  • Kedai Experience HONOR 
  • Laman sesawang rasmi HiHONOR
  • Kedai Pengedar Sah
  • Lazada
  • Shopee
  • Courts
  • Harvey Norman
  • Senheng
  • SenQ
  • Urban Republic
  • Maxis
  • Yes

Set the date guys! Jangan terlepas peluang untuk dapatkan telefon pintar HONOR 90 ni dan hadiah menarik yang ditawarkan!

 

SKIP THIS AD ×