berita

HONOR X9b: Telefon Paling Tahan Lasak Dengan Perlindungan Percuma Retak Depan & Belakang Selama Setahun!

November 1st, 2023 | by Anis Suraya
Kini Trending

Baru-baru ini CEO HONOR ada menjawab spekulasi mengenai telefon pintar HONOR X9b tidak kalis peluru namun tetap menjadi telefon paling tahan lasak.

Mereka dah jalankan pelbagai ujian yang ganas untuk buktikan telefon pintar ini betul-betul tahan lasak dan antara ujiannya adalah dilanggar dengan kereta, ujian lenturan dan pelbagai lagi!

Haa kini, HONOR dengan yakinnya nak bagi korang PERCUMA 365 hari perlindungan retak depan dan belakang! Wow, serius lah?

Yakin dengan kualiti HONOR X9b

HONOR merupakan jenama di pasaran yang satu-satunya berani janjikan penggantian percuma selama 365 hari kepada semua pelanggan yang membeli telefon pintar ini.

Jika dahulu HONOR X9a hanya beri perlindungan retak skrin 180 hari sahaja tetapi telefon pintar yang dikeluarkan kali ini diberi jaminan setahun untuk diganti jika terjadi apa-apa pada telefon korang.

HONOR sangat yakin dengan kualiti perlindungan ini, sehingga mereka dengan bangga mengumumkan bahawa HONOR X9b benar-benar tahan lasak dan peranti ini memang direka khas untuk terus berfungsi pada tahap maksimum.

Berani tak berani mereka ni? Haa dengan perlindungan ini, korang dapatlah menjalani kehidupan aktif tanpa perlu risau tentang kerosakan pada telefon korang!

Perkongsian daripada TikTok @EzreenaAmirHamzah yang mana beliau menggunakan telefon pintar HONOR X9b untuk pecahkan kayu beb!

Korang tak percaya lagi? Jom tengok ni TikTok @izamigadget yang buat macam-macam ujian untuk test ketahanan telefon pintar HONOR X9b.

Teknologi ultra-bounce anti-drop HONOR

HONOR telah mendorong batasan ketahanan dalam produk terbaru mereka dengan bahan kusyen inovatif.

Dengan struktur tiga lapisan yang mengagumkan, telefon ini bukan sahaja menjaga keselamatan skrin, tetapi juga melindungi bingkai dan komponen dalaman dengan cermat dan canggih.

Ini adalah perlindungan yang benar-benar mengagumkan dan akan membawa ketenteraman kepada pengguna dalam setiap ketukan dan kejatuhan.

Bateri 5800 mAh, caj sekali, tahan 3 hari

Dengan badan nipis pada ketebalan 7.98mm dan berat hanya 185g, HONOR telah menggabungkan bateri besar berkapasiti 5800mAh yang benar-benar menakjubkan. 

Untuk penggunaan biasa, jangka hayat baterinya boleh mencapai 3 hari, membuktikan ketahanan yang luar biasa yang membuatkan korang tidak perlu risau untuk cas bateri setiap jam.

Nak lagi best, bila dah cas sekali, korang boleh main video sampai 19 jam! Bukan itu sahaja nak main game tanpa henti sampai 12 jam, atau layan social media sampai 22 jam pun boleh beb! 

Tahan lama: Bateri HONOR yang dahsyat, kekal 80% selepas 1000 pengecasan

Tidak kira berapa canggihnya sesebuah telefon itu, baterinya boleh mengalami penurunan prestasi sepanjang masa, namun,  tidak bagi HONOR X9b.

Dengan teknologi penjimatan bateri yang terkini dan bateri berkapasiti besar, telefon ini memaksimumkan penggunaan bateri secara optimum. 

Hasil ujian makmal HONOR menunjukkan bahawa bateri X9b dapat mempertahankan kapasiti sebanyak 80% walaupun selepas 1,000 kitaran pengecasan. Wow!

Lepas ini, korang tak perlu dah susah-susah nak tukar telefon setiap tahun disebabkan bateri telefon korang yang cepat habis. Guna sahaja HONOR X9b!

Spesifikasi setaraf flagship

Sebelum ini telefon korang ada masalah lagging? Kini tidak lagi dengan 12GB RAM dan 8GB virtual HONOR RAM Turbo.

Bukan itu sahaja, telefon ini juga mempunyai storan 256GB ROM serta didatangani dengan LPDDR4X dan UFS 3.1!

Sementara fon midrange lain masih menggunakan UFS 2.2, HONOR X9b 2 kali lebih pantas membolehkan korang menikmati pengalaman yang lebih lancar dalam berbilang senario seperti memuat turun permainan, membuka kamera dan applikasi.

Skrin yang menjaga mata

Dengan teknologi canggih dalam paparan HONOR X9b, kesihatan mata pengguna adalah keutamaan mereka.

Pemadaman PWM pada kadar 1920Hz, telefon ini menghilangkan flicker yang sering menyebabkan ketidakselesaan mata dalam keadaan cahaya rendah.

Ciri Circadian Night Display adalah penyelesaian pintar yang mengubah warna paparan secara automatik, menaikkan tahap melatonin sebanyak 20%, yang membantu korang mendapatkan tidur yang lebih berkualiti dan panjang.

Selain itu, dengan Dynamic Dimming yang tidak hanya mengurangkan kepenatan mata sebanyak 18% tetapi juga meningkatkan peredaran darah dalam otot ciliary.

HONOR X9b telah menjalani ujian TÜV Rheinland Hardware-Level Low Blue Light Certification, menjadikannya pilihan terbaik untuk mengurangkan cahaya biru yang berpotensi merosakkan mata.

Keselesaan dan kesihatan mata adalah hak korang, oleh itu, HONOR X9b memastikannya terlindungi!

Hadiah percuma eksklusif untuk pembeli

Untuk yang berminat tentang HONOR X9b, harganya ialah RM1xxx, dan korang boleh dapat sebuah telefon yang tahan lasak semua sudut dan ada lagi hadiah istimewa nak bagi khas untuk korang yang pra-pesan HONOR X9b pada 1 hingga 9 November ini bernilai RM978.

Hadiah ini termasuk penggantian retak depan dan belakang 365 hari, jalur pintar HONOR Choice dan fon telinga bluetooth. Banyaknya! Rugi sangat kalau korang tak grab telefon HONOR keluaran ni tau.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web rasmi HONOR atau kedai HONOR untuk dapatkan telefon pintar yang baru ini!

SKIP THIS AD ×