berita

‘Hormat Permintaan Ayah’ – 12 Kali Jalani Rawatan Kimoterapi, Pelakon Vateran Abu Bakar Kini Tenat

August 12th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Pelakon veteran, Abu Bakar Juah yang berusia 72 tahun kini dikhabarkan berada dalam keadaan tenat selepas dibenar keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak dua minggu lalu. Menurut anaknya, bapanya yang menghidap kanser hati hanya terbaring selain tidak mampu memberikan maklum balas dengan baik.

Berita sedih itu turut mengundang sebak ramai pelakon lain seperti dikongsi pelakon Didie Alias. Didie meminta semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan pelakon tersebut yang digelar Ayah.

Ayah sakit terlantar

 

View this post on Instagram

 

Ya Allah Ya Tuhanku Kau Permudahkanlah Urusan Ayahanda Kami @abubakarjuah Sesama kite sedekahkan Alfatihah buat Ayah ye…

A post shared by DiDie Alias (@ladydidiemsia) on

Perkongsian Didie di akaun Instagram miliknya membuatkan ramai netizen yang sedih melihat keadaan Abu Bakar sekarang. Didie memuat naik rakaman videonya yang mencium dahi pelakon vateran tersebut ketika melawat di kediamannya.

Dalam pada itu, anak ketiga daripada empat beradik, Safinaz mengakui dia sekeluarga reda dan berdoa semoga segala-galanya dipermudahkan.

Melihatkan keadaan bapa boleh dikatakan dia sudah tenat. Kalau ditanya pun, dia hanya boleh respons sepatah dan sekali saja. Macam sekarang ayah sudah tidak menjalani apa-apa rawatan selain bergantung kepada ubat untuk mengawal kanser dari terus merebak.

Sekarang ini ayah berada di rumah dan dijaga oleh mak dan kami empat beradik. Kami sudah reda dan harap dipermudahkan segala urusan. Dalam masa sama, kami bersyukur apabila dalam keadaan sekarang kami sekeluarga bersatu menjaga ayah.

Tambahnya lagi, ayahnya disahkan bebas kanser usus tahap empat selepas menjalani 12 kali rawatan kimoterapi. Kanser usus dikesan pada 2016 dan ketika itu doktor maklumkan sudah berada pada tahap empat. Selepas menjalani 12 pusingan kimoterapi, tidak ada lagi simptom kanser dan doktor sahkan ayah bebas kanser.

Ayah tak nak terima rawatan

Tapi, awal tahun ini simptom ada balik malah kanser itu merebak ke hati dan aktif. Jadi, doktor mengesahkan ayah menghidap kanser hati pula. Ketika itu ayah ambil keputusan tak nak buat sebarang rawatan. Jadi, kami adik beradik menghormati permintaan ayah.

Kiranya, sepanjang empat tahun selepas buat kimoterapi ayah memang sihat. Dia juga mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan menjaga pemakanan. Tapi, apabila kanser datang balik, kita anggap ia takdir.

Dalam masa sama, Safinas berkongsi beberapa persatuan artis seperti Seniman, Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) termasuk beberapa rakan artis ada datang menziarahi bapanya.

Sumber : Didie Alias, HM

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×