berita

Hos River Monsters, Jeremy Wade Bakal Temui Peminat Malaysia Di Sunway Pyramid Mei Ini!

May 7th, 2014 | by Ai
Hollywood

river-monsters-jeremy-wade-congo

Anda pernah menonton rancangan River Monsters? Bagi mereka yang menggemari aktiviti memancing, tipulah kalau anda kata tak pernah terjebak mengikuti kisah-kisah pengembaraan Jeremy Wade dalam rancangan berkenaan. Betul, tak?

Tapi bagi yang tak tahu, River Monsters adalah siri dokumentari menjejaki habitat, misteri dan mitos ikan-ikan eksotik di seluruh negara termasuklah Argentina, German, Iceland, India, Papua New Guinea, dan banyak lagi.

Namun apa yang kami ingin beritahu ialah, pengacara River Monsters iaitu Jeremy Wade bakal menjejakkan kakinya ke Malaysia bersempena dengan jelajah River Monsters Live In Asia tak lama lagi!

Jeremy Wade 2

Menerusi jelajah tersebut, Jeremy akan menceritakan cabaran-cabaran sewaktu merakam musim terbaru River Monsters 6 dan berkongsi tip menangkap ikan raksasa secara langsung dengan peminat di Sunway Pyramid pada 23 hingga 25 Mei 2014.

Difahamkan, Malaysia merupakan destinasi kedua jelajah berkenaan di mana Jeremy akan turut melawat Indonesia pada 22 Mei sebelum ke Singapura pula pada 25 Mei.

Untuk pengetahuan anda, kembara River Monsters 6 kali ini dikatakan lebih mencabar dan ekstrem menyaksikan kesungguhan Jeremy memburu ikan pemakan manusia sekitar Brazil, Colombia, dan Peru.

Episod pertama River Monsters 6 bakal menemui penonton di kaca televisyen pada 8 Julai 2014 jam 10 malam menerusi saluran Discovery Channel (Astro 551).

Apapun, jom tonton trailer musim terbaru rancangan ini dan sedikit sedutan daripada episod terdahulu di bawah. Enjoy!

SKIP THIS AD ×