berita

Hot : Memey Suhaiza & Abby Abadi Buka Puasa Bersama

August 2nd, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Jika diikutkan sejak dari beberapa minggu lepas, ramai orang yang mengecam Abby Abadi kerana kenyataan politiknya. Tidak kurang juga ada yang menyokong tindakan Abby.

Namun dalam semua kontroversi yang ditimbulkan oleh Abby, berita terbaru mengenai Abby Abadi dan Memey Suhaiza sudah berbaik dan tidak mempunyai apa-apa masalah adalah yang paling ditunggu dan boleh OHBULAN! katakan, sesuatu yang mengejutkan untuk para peminat kedua-dua selebriti ini.

Terbaru dari laman Twitter Abby Abadi, dia telah memuat-naik 2 keping gambar menunjukkan dia dan Memey berbuka bersama sebagai satu keluarga. Turut kelihatan didalam gambar termasuklah anak-anak Abby Abadi dan juga Norman Hakim. Perubahan yang ketara ini berlaku selepas Abby mula mencetuskan beberapa kontroversi didalam industri hiburan baru-baru ini.

Kita lupakan yang keruh, ambil yang jernih. Itu saja yang OHBULAN! mahu katakan, walaupun Abby kini dikecam oleh pelbagai pihak kerana kenyataannya sebelum ini, namun sebagai seorang bekas isteri Norman Hakim, dia menunjukkan satu teladan yang baik kepada ibu-ibu tunggal yang lain apabila dia boleh berbaik dan tidak berdendam langsung terhadap Memey Suhaiza.

Dalam kenyatannya di Twitter, Abby menulis, “Kuasa Allah mengatasi segalanya. Doakan yang terbaik untuk kami dan anak-anak ini, huhu.”

Turut disertakan ialah sekeping foto mereka sekeluarga sedang berbuka bersama.

Melalui Hot FM, Abby yang telah dihubungi oleh Fara Fauzana juga telah mengesahkan bahawa mereka sememangnya sudah berbaik dan telah berbuka bersama di rumah Abby Abadi.

Untuk pengetahuan, Abby Abadi dan Norman Hakim telah bercerai pada 18 Disember 2008 manakala Memey Suhaiza dan Norman Hakim pula telah mendirikan rumah tangga pada 24 September 2011.