berita

Hotlink Red Beri Peluang Untuk Anda Luang Masa Dengan Selebriti!

May 12th, 2014 | by Ai
Shout Out!

Screen Shot 2014-05-12 at 2.45.26 PM

Tahukah anda, dengan aplikasi Hotlink Red, anda boleh menikmati pelbagai faedah yang disediakan dari Hotlink? Bukan sekadar tiket wayang percuma, anda juga boleh menikmati servis-servis lain seperti tawaran baju Justin Bieber dan juga menghadiri parti-parti yang dianjurkan oleh Hotlink.

Selain itu, pernah tak anda terfikir untuk meluangkan masa bersama selebriti-selebriti kegemaran anda? Bukan setakat luangkan masa, anda juga boleh bermain Go-kart atau mungkin makan malam bersama artis yang diminati.

Yup, dengan aplikasi Hotlink Red, impian anda bakal direalisasikan. Bayangkan anda dapat bermain Go-kart bersama pelawak terkenal, Zizan Razak, atau mungkin bermain Laser Tag bersama dengan pelakon genit comel, Tiz Zaqyah.

10349603_1433532316901016_2077143563_n

Selain daripada itu, anda juga berpeluang untuk bertemu dengan pereka fesyen Jovian Mandagie serta juara Asia’s Next Top Model musim 2, Sheena Liam, dan luangkan masa secara privasi dengan mereka. Woahhh!

Lebih menarik, Jovian turut menawarkan untuk membuat baju raya anda. Fuh!

10311260_871273566223441_964633391_n

Kalau anda rasa ini saja selebriti yang ada, jangan risau sebab penjaga gol kebangsaan yang popular iaitu Khairul Fahmi ataupun Apex dan juga Chef Nik Imran juga adalah antara selebriti yang mungkin menjadi pilihan anda.

Bayangkan, Chek Nik Imran datang sendiri kerumah dan masak untuk diri anda. Atau mungkin anda boleh habiskan masa seharian dengan Apex dan berjalan cari makan. Seronok kan?

10349646_1599306080295489_1513066872_n

Bagi yang masih belum jelas, anda boleh nikmati ini semua hanya dengan memuat turun aplikasi Hotlink Red dan mengikuti beberapa langkah mudah.

917564_256847971166977_267748879_n

Mula-mula, muat naik gambar anda dengan ‘Red Ball’, atau apa saja objek yang berbentuk bulat dan merah. Kemudian, pilih selebriti pilihan anda, contohnya, “Saya nak jalan-jalan cari makan dengan Apek kerana dia sangat hensem dan boleh bikin makanan biasa jadi sedap.”

Selepas itu, jangan lupa letak hashtag #LiveLifeLoud dan juga #Hotlink di caption gambar anda.

Akhir sekali, anda hanya perlu screengrab post Instagram anda dan e-mailkan ke selebriti pilihan anda beserta nama penuh, nombor telefon dan nombor kad pengenalan. Penyertaan ini akan ditutup 3 hari lagi iaitu pada 15 Mei. Cepat hantar kerana pemenang akan diumumkan pada 16 Mei!

Untuk pengetahuan, anda boleh melihat selebriti pilihan anda yang lain seperti Ady Putra, Emma Maembong dan Wak Doyok di laman rasmi Hotlink Red!

SKIP THIS AD ×