Betul tu HUAWEI Cloud Storage kini diperbaharui! Dengan kolaborasi yang terbaik, pembaharuan Cloud Storage ini pasti akan memikat hati para pengguna! Ianya lebih menyeluruh,pintar, lebih selamat dan yang paling best, setiap kali korang buat renewal akan ada kejutan menanti!
Dengar cerita Cloud Storage baru ni ada lebih banyak benda best yang korang boleh explore! Jom tengok apa benda best tu!
Ada interface baru dengan design yang lebih simple tapi tiptop!
Susunanya yang lebih teratur menjadikan ia lebih tersusun dan mudah untuk difahami. Selain itu,interfacenya juga simple dan tidak serabut! Bukak-bukak je memang terus display real-time data personal korang dekat atas tu. Tak payah tercari-cari.
Dekat cloud storage baru ni siap dihighlightkan feature yang selalu orang guna. Jadi bila korang buka, korang boleh terus je ke highlghted feature tu! Mudah dan pantas kan?
Tak pasti apa fungsi Cloud Storage? Jangan risau, ada panduan untuk pengguna!
Walaupun Cloud Storage ni memang ada dalam phone, tapi ramai juga yang masih tak tahu apa fungsinya kan? Tak usah khuatir,sekarang ni dah ada fungsi user-guided dekat interface! Korang boleh rujuk panduan tersebut, fahami dan terus cuba serta merta.
Tak jadi? Boleh cuba banyak kali sampai menjadi. Jimat tenaga dan jimat masa! Lagi puas hati kan bila korang dapat buat sendiri!
Panduan tu bukan sahaja untuk Cloud Storage tau! Tapi ianya juga panduan untuk fungsi-fungsi telefon korang tu. Siap ada video dan juga penjelasan secara grafik dengan lebih teliti pulak tu, mesti korang senang dapat tangkap punya!
Terpadam chat history? Cloud Storage kan ada backup! Lebih fleksibel dan komprehensif pulak tu!
Zaman sekarang ni semua benda nak cepat. Kadang-kadang dalam nak cepat tu korang terbuat silap! Terpadam chat log lah, terpadam files lah. Paling stress bila dalam korang nak cepat tu, files korang tak boleh bukak!
Aduh! Terus tergendala kerja kan? Dengan Cloud Storage versi terbaru ni korang boleh dapatkan semua tu dengan satu tap je! Tak payah risau dah data-data penting korang tu hilang. Cloud Storage juga mampu backup data dari aplikasi seperti Wechat, QQ dan Weibo!
Ia juga backup dan restore data dari aplikasi 3rd-party jugak tau! So, korang tak payah lah risau dah data-data korang hilang dengan Cloud Storage versi terbaru ni.
Nak backup separuh je? Pun boleh! Korang hanya perlu tick dan pilih je!
Ada gambar nak simpan, ada gambar nak buang. Macam mana tu? Ha, tick je mana yang korang nak backup dan mana korang nak buang tu. Kalau korang takut nak guna balik gambar-gambar tu, dengan Cloud Storage terbaru ni, korang hanya perlu tekan restore je! Terus dapat balik gambar-gambar kessayangan korang tu.
Bukan hanya gambar, apa-apa content yang korang nak semua boleh! Contact list korang pun boleh.
Eh, jangan terhadkan dekat smartphone korang je! Synckan ke tablet dan notepad korang juga!
Nak lagi best korang sync kan gambar-gambar korang tu dengan tablet dan tab yang korang ada. Lagi best nak tengok dengan skrin besar kan! Boleh lah tengok ramai-ramai dengan kawan-kawan memori korang tu.
Caranya mudah je, hanya pilih pilihan ‘Sync’ di telefon korang, dan pilih kemana korang nak sync kan gambar tersebut! Tu je! Pastikan tablet atau notepad tu adalah brand Huawei dan Honor je tau!
Kalau kawan-kawan korang jauh, korang boleh create shared album untuk mereka.
Sangat convenient tau shared album ni sebab semua orang ada akses untuk gambar atau video tersebut! Korang boleh invite kawan-kawan atau keluarga korang untuk tengok sekali gambar-gambar dekat album tu. Diorang juga boleh muat turun dan upload gambar tu nanti!
Ada idea menarik nak kongsi dengan teammate korang? Sharelah serta merta dengan mereka!
Korang tiba-tiba ada idea menarik nak kongsi dengan rakan sekerja korang? Teruslah rekod dalam smartphone note korang! Mungkin idea itu lah yang dicari-cari selama ini kan? Hanya gunakan notepad tu untuk curahkan idea bernas korang dan yang paling best, korang boleh letak apa-apa material yang korang nak gunakan!
Boleh letak diagram, jadual, gambar, lukis graf dan macam-macam lagi. Team mate korang juga boleh tambah idea dalam notepad tu tau.
Wahh seronoknyaa! Kerja dari mana-mana pun mudah lah dengan adanya fungsi macam ni. Tapi kesemua tablet mestilah HUAWEI atau Honor je tau!
Tingkatkan keselamatan smartphone korang dengan enable fungsi “Find your phone” ni!
Siapa je tak takut dan rasa tak tentu arah kalau handphone diorang hilang kan? Sebab tu lah HUAWEI adakan fungsi ‘Find your phone’ ni!
Korang hanya perlu enable fungsi ni di home skrin cloud storage! Pergi ke “New launch”, cari “Find Phone”, enable fungsi tersebut dan siap! Mesti para pengguna akan rasa lebih selamat dengan adanya fungsi ni.
Korang kena pastikan kesemua data, hanya pemilik sahaja yang ada akses tau!
Handphone kita dah jadi sebahagian hidup kita. Sebab tu lah kalau hilang phone kita jadi tak tentu arah! Korang kena pastikan log-in details, segala password, mesej penting, data panggilan korang semua hanya terhad kepada korang sahaja.
Dan yang paling perlu diingati, simpan dokumen-dokumen penting korang dekat Cloud Drive supaya orang lain tak boleh akses dokumen tersebut. Cloud Storage akan menjaga rapi dokumen tersebut menggunakan data encryption.
Jadi apa lagi, jom la explore Cloud Storage ni! Memudahkan aktivtiti seharian tau!
Tak tahu macam mana nak add Cloud Storage ni dekat home? Ikut cara ni!
Klik “Account Centre” di settings
Korang akan nampak Cloud Storage
Tekan “Add: Cloud Storage” ke home skrin korang.
Done!
Lagi mudah la korang nak akses Cloud Storage korang lepas ni! Untuk maklumat lanjut korang boleh klik dekat sini!
#HUAWEICloudStorage #Storeyourdatawithextrasecurity
AppGallery: Lebih Selamat, Lebih Ruang Simpanan dan Lebih Ganjaran
HUAWEI AppGallery kiini mempunyai lebih banyak aplikasi yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Line, HereWeGo, AirAsia, TikTok, Lazada, dan banyak lagi.
AppGallery juga selamat digunakan kerana mempunyai empat lapisan perlindungan yang diiktiraf oleh standard piawaian tertinggi industri. Pengguna juga boleh menggunakan Quick Apps untuk membuka aplikasi tertentu tanpa memuat turun.
Bagi pengguna P40 Series dan MatePad Pro korang juga boleh menebus ganjaran di HUAWEI Member Centre dan dapatkan 50GB HUAWEI Cloud storage secara percuma untuk 12 bulan.
Kalau aplikasi yang korang nak takde di HUAWEI AppGallery pula, korang boleh muat turun “Petal Search Widget” dan cari aplikasi yang korang nak di situ. Mudah kan?!