berita

HUAWEI Gesa Pembekal Perkhidmatan Tempatan Bekerjasama Perkukuh Sistem Operasi HMS

November 18th, 2019 | by Epul
Teknologi

HUAWEI terus mengukuhkan sistem operasinya dengan HUAWEI Mobile Services (HMS) bagi menyaingi perkhidmatan yang sedia ada di pasaran. Sehingga hari ini, HMS telah memberikan perkhidmatan kepada 570 juta pengguna di lebih 170 buah negara seluruh dunia. Woww!!

Kalau korang tak tahu, HMS ialah aplikasi dan perkhidmatan dari HUAWEI bagi menyokong ekosistem perantinya dan memberikan pengalaman menggunakan peranti HUAWEI dengan lebih lancar, pantas dan baik. Susulan Perang Dagangan Amerika Syarikat dan China yang menyekat HUAWEI menggunakan teknologi Google Mobile Services (GMS), HUAWEI memutuskan untuk memperluas sistem operasi HMS ke seluruh pengguna globalnya termasuklah Malaysia.

Strategi 1+8+N HUAWEI

Bersandarkan pada konsep ini, HUAWEI mempunyai visi besar untuk mengembangkan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna melalui skop IoT (Internet of Things) dengan perkhidmatan tanpa batasan.

Tunjang utama kepada konsep ini ialah pengguna telefon pintar (1), kemudian disambungkan kepada (8) peranti pintar HUAWEI seperti Vision (TV/display), speaker, cermin mata pintar (HUAWEI Gentle Monster), jam tangan pintar (HUAWEI Watch GT2/HUAWEI Band), telematics, Freebuds, PC (laptop), dan tablet. Sementara “N” pula bermaksud perkhidmatan tanpa sepadan (endless services).

Semua ini diintegrasikan dengan Huawei Mobile Services(HMS) sebagai pengawal dan penyelaras antara peranti. Disokong oleh rangkaian HUAWEI 5G, teknologi HUAWEI AI, dan penyelesaian pengkomputeran cloud HUAWEI, semuanya direka untuk berfungsi seiringan. 

Apa yang HUAWEI Mobile Services (HMS) tawarkan pada pengguna?

HUAWEI AppGallery

Merupakan aplikasi penstoran ketiga terbesar di dunia ketika ini, dengan HUAWEI AppGallery pengguna boleh memuat turun pelbagai jenis aplikasi menarik seperti permainan atas talian, gaya hidup, fesyen, pendidikan dan banyak lagi.

Bagi mengembangkan penggunaan HUAWEI AppGallery, model HUAWEI Mate 30 Pro menjadi telefon pintar pertama HUAWEI yang mempunyai pre-installation AppGallery. Pengguna HUAWEI yang lain juga sudah boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan memuat turun AppGallery di telefon pintar korang.

Sejak dilancarkan April 2018, HUAWEI AppGallery dah ada 390 juta pengguna aktif di seluruh dunia dengan lebih 180 billion aplikasi dah di dimuat turun.

HUAWEI Browser

Pelayar carian yang dikelola oleh HUAWEI, mempunyai 200 juta pengguna aktif bulanan. Pengguna boleh guna perkhidmatan HUAWEI Browser untuk buat carian di internet.

HUAWEI Assistant

Dengan lebih 160 juta pengguna aktif, HUAWEI Assistant menawarkan carian berita sasaran, kalendar dan sebagainya. Ia juga merupakan salah satu produk HMS yang dapat membantu pemilik aplikasi berhubung dengan pengguna.

HUAWEI Mobile Cloud

Penstoran atas talian, HUAWEI Mobile Cloud akan dilancarkan dipasaran APAC bermula November 2019. Dengan ruang storan ni, korang boleh penyimpan lebih banyak gambar, dokumen, mesej, nombor kontak secara atas talian je.

Berita baik untuk pengguna di negara Asia pasifik terutamanya Malaysia ,Singapura, Thailand dan Filipina, korang akan nikmati 5GB ruang storan Mobile Cloud secara PERCUMA. Hanya log masuk menggunakan HUAWEI ID korang.

Quick App

Quick App ialah satu fungsi yang memberikan pengguna pengalaman untuk mengakses sesuatu aplikasi sebelum memuat turun. Sehingga hari ini, ada 2500 pemilik aplikasi menyambungkan perkhidmatan mereka menggunakan Quick App bagi mengembangkan lagi perkhidmatan kepada pengguna.

Buat masa ini HMS telah mengiatkan usaha untuk mendapatkan jenama tempatan dan pembekal perkhidmatan (service provider) untuk berkolaborasi bersama mereka menerusi AppGallery bagi membekalkan perkhidmatan yang bersesuaian kepada pengguna.

Kalau korang nak tau, lebih 1.07 juta pemilik aplikasi mendaftar di bawah HMS dan lebih 50,000 aplikasi dah pun berintergrasi dengan HMS Core bagi mewujudkan aplikasi yang dapat digunakan oleh semua peranti HUAWEI.

Menerusi AppGallery, HUAWEI juga akan membantu mempromosikan aplikasi pembekal perkhidmatan melalui beberapa cara seperti Get These Popular Apps, Recommended Apps, Splash Screen, Banner, Feature Page dan sebagainya. Melalui cara ini, HUAWEI berharap pembekal perkhidmatan tempatan tertarik berkolaborasi dengan HMS bagi membantu mengembangkan perkhidmatan mereka.

APAC HUAWEI Developer Day Pamer Kejayaan HUAWEI Mobile Services (HMS)!

Dalam APAC HUAWEI Developer Day (AHDD) yang diadakan di Singapura baru-baru ini, HUAWEI berkata mereka akan terus memberikan sokongan kepada pemilik aplikasi melalui kerjasama dengan HUAWEI bagi menambah baik sistem operasi HMS. Seterusnya, membekalkan aplikasi telefon pintar terbaik kepada pengguna HUAWEI di masa akan datang.

HUAWEI dalam pada itu turut berbangga kerana sistem operasi HMS mampu menjadi pesaing kepada sistem operasi yang sedia ada walaupun baru setahun lebih di pasaran. Diharapkan dengan sokongan padu daripada pembekal perkhidmatan tempatan, HMS dapat menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna mereka seterusnya mengembangkan lagi ekosistem HUAWEI.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×