berita

HUAWEI MateBook D 15: Laptop Bajet Dengan Kualiti Flagship. Jom Rebut Free Gift Sehingga RM 1287*!

January 16th, 2020 | by Epul
Sponsored Post

Komputer riba dengan perlindungan privasi maksimum dan teknologi terkini nyah-kunci pengimbas cap jari, rasanya  HUAWEI MateBook D 15 tengah kecoh diperkatakan di pasaran sekarang ni!

Korang tau tak sempena jualan perlancaran HUAWEI MateBook D 15 pada Sabtu, 18 Januari 2020 ni, korang layak untuk dapat hadiah percuma seperti FreeBuds 3, Bluetooth Mouse dan Microsoft Office 365 yang bernilai sehingga RM1287*. Dijual pada harga RM2,499, HUAWEI MateBook D 15 merupakan satu peranti yang korang mesti miliki! Jom kami share apa kelebihan yang ada pada HUAWEI MateBook D 15 ni!

Laptop dengan reka bentuk yang memukau!

Salah satu perkara yang korang nak tengok bila beli komputer riba baru, mestilah reka bentuk yang cantik. Yelah nak pakai lama kot! Tapi jangan risau dengan HUAWEI MateBook D 15 ni korang mesti puas hati. Hanya seberat 1.53kg dan berketebalan lebih kecil dari 17mm, ia sangat ringan dan memudahkan korang untuk membawanya ke mana saja.

Selain reka bentuk, penampilan yang memukau dan warna perak metalik dengan kemasan futuristik, HUAWEI MateBook D 15 ni kelihatan sangat elegan dan mesti korang rasa bangga bila memiliknya.

Sekarang ni, skrin HD dah jadi trend bagi kebanyakan telefon pintar terkini dan HUAWEI MateBook D 15 ni pun tak terkecuali. Ciri paparan skrin FullView HD yang terdapat pada HUAWEI MateBook D 15 ini, membolehkan korang melihat isi kandungan dengan 87% skrin paparan penuh. Ini bermakna korang boleh membaca isi kandungan lebih banyak dalam satu skrin tanpa perlu skroll ke bawah banyak kali.

Kalau korang nak buat kerja dan bahagikan skrin kepada dua untuk menggunakan Excel ataupun Words pun takde masalah, kerana HUAWEI MateBook D 15 menyokong perkongsian skrin antar 2 peranti, kerja korang pon jadi lebih mudah!

Malah, dengan resolusi IPS FullView display 1920 X 1080 dan skrin ratio 16:9 korang turut dapat merasai pengalaman menyeronokkan apabila membuat tugasan, menonton movie ataupun bermain game bersama HUAWEI MateBook D 15 ni!

Perlindungan privasi maksimum

Kamera hadapan komputer riba selalu mendatangkan kebimbangan kepada pengguna kerana terdapat banyak isu keselamatan daripada pengodam cyber. HUAWEI memahami masalah pengguna komputer riba dan mengambil inisiatif dengan menghasilkan ciri kamera tersembunyi pada HUAWEI Matebook D 15 ni. Wow!

Kamera tersembunyi yang terletak di antara butang F6 dan F7 ini bercirikan pop up dan hanya berfungsi apabila korang menekan butang gambar kamera. Dah tak perlu risau dengan isu hack siber atau sekiranya korang terakam tanpa sedar.

Matebook D15

Menariknya lagi, HUAWEI Matebook D 15 turut didatangkan dengan ciri FullView Display-Blue Light Filter iaitu TUV Rheinland certified khas untuk melindungi mata korang dari pandangan radiasi berbahaya.

Komputer riba dengan kepelbagaian fungsi

Kolaborasi multiskrin

Inilah komputer riba yang dinantikan ramai, sebuah laptop yang memahami keperluan pengguna. HUAWEI MateBook D 15 ni wajib korang miliki! Mempunyai fungsi 2 peranti dalam 1 skrin, ia membolehkan HUAWEI MateBook dan telefon pintar HUAWEI korang berkongsi skrin, sekaligus berupaya untuk memindahkan fail dan melihat senarai kenalan dengan lebih jelas di paparan komputer riba.

Jadi lepas ni korang boleh lebih fokus menyiapkan kerja menggunakan komputer riba tanpa perlu gangguan dengan peranti lain. Yang lagi best, nak main game pun lebih puas dengan menggunakan skrin yang lebih besarPerlu diingatkan, fungsi ini hanya boleh digunakan jika korang mempunyai telefon pintar HUAWEI sahaja tau!

Nyah-kunci pengimbas cap jari (One-Click Fingerprint Login)

Oh ya, HUAWEI MateBook D 15 ni turut dilengkapi dengan ciri One-Click Fingerprint Login, di mana korang boleh power on atau off laptop dengan hanya menggunakan cap jari korang. Kalau lupa password pun tak jadi masalah, sebab korang hanya perlu tekan Power Button menggunakan cap jari je!

Pocket charger

Matebook D15

Leceh betul setiap kali nak bawak charger komputer riba, dah lah berat! Haa..kalau korang nak tahu, HUAWEI MateBook D 15 ni menggunakan pengecas Type C, yang membolehkan korang berkongsi wayar USB dengan telefon pintar HUAWEI korang. Best kan!

Yang lagi awesome, pengecas ini juga memberikan perlindungan overheat dan secara automatik akan menyekat kuasa elektrik untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin.

Prestasi setanding flagship yang tak perlu disangkal lagi!

Konfigurasi hardware HUAWEI Matebook D 15 merupakan versi AMD, di mana ia menggunakan pemproses Ryzen 5 3500U terkini, kad grafik Radeon Vega 8 Graphics bersepadu, prestasi yang berkuasa dan fleksibiliti hiburan yang luar biasa.

Matebook D15

Siri laptop ini juga dilengkapi dengan PCIe SSD3 dan 8GB binaan dwisaluran DDR4 RAM yang membantu korang untuk menaip dan membaca 50% lebih pantas berbanding saluran memori tunggal! Hebat kan?

Komputer riba terbaik di pasaran pada harga mampu milik, HUAWEI MateBook D 15!

Siapa kata korang perlukan wang yang banyak untuk memiliki komputer riba terbaik di pasaran? Dengan harga hanya RM 2,499 korang mampu dapatkan komputer riba idaman ramai HUAWEI MateBook D 15 dengan kepelbagaian fungsi yang memukau.

 

Jap bukan itu je, sempena pelancaran jualan HUAWEI MateBook D 15 pada Sabtu, 18 Januari 2020 ni. Korang boleh dapat hadiah percuma seperti FreeBuds 3, Bluetooth Mouse dan Microsoft Office 365 yang bernilai sehingga RM1,287* dengan setiap pembelian HUAWEI MateBook D 15. Tapi ni semua ni terhad tau, siapa cepat dia dapat!

Tak semua komputer riba utama yang berada di pasaran mampu menandingi HUAWEI MateBook D 15 yang bukan sahaja berteknologi dan berkualiti tinggi, malah dijual pada harga mampu milik RM2,499. So, memang rugilah kalau korang tak serbu lokasi jelajah pelancaran HUAWEI MateBook D 15.

Lokasi yang terpilih untuk jelajah HUAWEI ni ialah Imago Mall (Sabah), Queensbay Mall (Pulau-Pinang), IOI City Mall dan Sunway Pyramid (Selangor).

Untuk maklumat lebih lanjut tentang komputer riba ni serta tarikh dan lokasi jelajah untuk pelancaran HUAWEI MateBook D 15 korang boleh ikuti page rasmi jelajah HUAWEI di Facebook atau terus ke klik kat sini.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×