berita

HUAWEI nova 7 SE & FreeBuds 3i Kini Berada Di Pasaran. Siap Ada ‘Triple Rewards’ Tau!

June 18th, 2020 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

HUAWEI nova 7 SE membuat kemunculan sulungnya di Malaysia hari ini guys! HUAWEI nova 7 SE mendapat sambutan luar biasa dari pengguna di seluruh negara. Macam di HUAWEI Experience Store, Sunway Pyramid orang ramai dah mula beratur sejak awal pagi tau. Demi nak dapat telefon pintar 5G paling best dengan harga terbaik di Malaysia.

Dengan harga RM1,499, telefon pintar Super Nova, Super Camera boleh didapati bersama HUAWEI FreeBuds 3i, dengan harga hanya RM399! Bukan itu saja, hari ini juga bermulanya Karnival HUAWEI AppGallery 2020, salah satu perayaan tahunan terbesar HUAWEI!

HUAWEI amat berbangga kerana mendapat sambutan yang hebat daripada pengguna di Malaysia. Walaupun langkah SOP dilaksanakan bagi memastikan pelanggan selamat ketika membeli produk HUAWEI, jualan HUAWEI nova 7 SE tetap memberangsangkan tau.

Ini mengukuhkan lagi kedudukan HUAWEI di pasaran sebagai jenama global. HUAWEI juga sangat komited dengan teknologi yang dilaksanakan dalam inovasi produknya dan mereka akan terus membawa produk terbaik untuk korang.

Kalau korang masih ragu-ragu dengan keupayaan HUAWEI nova 7 SE, tonton je video 30 saat ni tentang 9 sebab kenapa korang wajib milik peranti hebat ini.

Rebut peluang nikmati Triple Rewards!

Rugi kalau tak beli HUAWEI nova 7 SE sebab bermula sekarang korang berpeluang untuk dapat ganjaran sehingga tiga kali ganda wei!

1. Nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM1,256  – HUAWEI Band 4*, HUAWEI Cloud Storage* 15GB selama setahun, casing nova*, Huawei Video* (bawah kategori Dimsum) selama 3 bulan, HUAWEI Book* (sehingga 30 November 2020) & ganjaran Member Center bernilai sehingga RM1,000*
2. Dapatkan Hadiah Percuma di Karnival HUAWEI AppGallery 2020 dengan pembelian mana-mana produk terpilih*
3. Peluang memenangi salah satu daripada 3 buah Proton X70 dengan cabutan bertuah Karnival AppGallery*

*Tertakluk pada Terma dan Syarat. Selagi stok masih ada.

Jom sertai social contest daripada HUAWEI

Ya guys, bukan setakat Triple Rewards je tapi korang jugak boleh ikut serta contest HUAWEI di media sosial. Dengan satu klik mudah, kongsi dan komen je korang ada peluang untuk menang. Ini cara nak join:

1. Tonton video 30 saat tentang 9 sebab utama kenapa korang wajib miliki siri HUAWEI nova 7 di sini.
2. Like laman Facebook HUAWEI Malaysia.
3. Jangan lupa senaraikan 3 keistimewaan siri HUAWEI nova 7 yang korang suka di komen!
4. Kongsi video ini di Facebook korang (Pastikan Facebook dalam tetapan umum)

Ikut 4 langkah mudah ni je guys, tak mustahil korang boleh selfie dengan telefon pintar terbaru Siri HUAWEI nova 7. Eh, peraduan ini bakal berakhir pada 21 Jun 2020 tepat jam 11:59 malam tau. So, cepat join sebelum terlambat. Pemenang akan diumumkan pada 24 Jun 2020.

HUAWEI AppGallery makin syok!

Kalau dah beli Siri HUAWEI nova 7, kami yakin telefon pintar korang akan lebih syok sebab ia dipadankan dengan sistem operasi HUAWEI AppGallery yang ada pelbagai aplikasi kegemaran seperti Maybank2u, Shopee, Lazada dan banyak lagi tau. Nak tahu lebih lanjut, korang boleh klik di SINI.

Miliki HUAWEI nova 7 SE & raikan Karnival AppGallery HUAWEI

Bagi yang dah excited nak dapatkan HUAWEI nova 7 SE tu, kami ada berita gembira lagi untuk korang! Kalau nak tahu, bermula sekarang sehingga 30 Jun 2020, korang berpeluang untuk menang cabutan bertuah sehingga RM2 juta di Karnival AppGallery HUAWEI.

Antara hadiah yang ditawarkan di HUAWEI Experience Store (HES) ialah tiga buah Proton X70, dan 500 buah skuter elektrik.

Tak cukup dengan tu, dengan memiliki HUAWEI nova 7 SE, korang boleh rebut ganjaran Member Center berupa baucar makanan bernilai sehingga RM1,000 daripada rakan kongsi HUAWEI seperti AirAsia BIG, Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, Puma, Texas Chicken, Lazada, Free Fire dan banyak lagilah.

Jangan risau, senang je nak miliki peranti HUAWEI

Bagi yang masih teragak-agak nak beli gajet baru sebab risau dengan kos, korang tak perlu susah hati sebab HUAWEI menawarkan program istimewa iaitu HUAWEI Together 2020. Melalui program ini, korang berpeluang untuk miliki peranti flagship HUAWEI dengan hanya serendah RM5.20 sehari!

Pelan ansuran tanpa faedah ini ditawarkan antara tempoh 6 bulan dan 12 bulan tau. Paling best, korang juga bebas memilih untuk menggabungkan mana-mana peranti pre-bundled atau boleh je sesuaikan sendiri mengikut keperluan gaya hidup korang.

Tak kisahlah sama ada korang seorang profesional perniagaan, gamer atau pelajar, kami yakin program yang ditawarkan oleh HUAWEI ini dah tentu tak membebankan perbelanjaan bulanan korang. Malah, korang boleh sentiasa kekal on-the-go dengan adanya peranti canggih HUAWEI. Dapatkan maklumat lanjut tentang program HUAWEI Together 2020 di SINI.

Jom kunjungi HUAWEI Store berhampiran atau HUAWEI Experience Store untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HUAWEI nova 7 SE.

SKIP THIS AD ×