berita

HUAWEI Perkenal FreeBuds 3 Yang Memang Win Dari Pesaing Lain. Ini Sebabnya..

December 4th, 2019 | by Bieha
Kini Trending

Dalam dunia yang serba pantas ini, kita sentiasa mahukan persekitaran yang tenang untuk fokus melakukan kerja kita. Kadang-kadang, ada masanya kita perlukan me-time tanpa sebarang gangguan bunyi bising. Jadi, penyelamat dalam keadaan ini pastilah fon telinga!

Macam yang kita tengok sekarang, fon telinga tanpa wayar jelas menjadi pilihan. HUAWEI juga tak ketinggalan dan memperkenalkan produk HUAWEI Smart Life iaitu HUAWEI FreeBuds 3 yang menjanjikan pengalaman menakjubkan. Jom kami bagitahu kehebatan FreeBuds 3 yang mendahului pesaing-pesaingnya!

Latensi rendah, tiada lagi tangguhan bunyi!

Sekarang ni memang ramai orang lebih suka menggunakan fon telinga tanpa wayar. Yelah, connect je, dah boleh guna. Tapi, masalahnya bila menggunakan fon telinga jenis tanpa wayar ni adalah, bila-bila masa je boleh disconnected dan menyebabkan penangguhan bunyi.

Bayangkan korang tengah main PUBG, musuh dah makin dekat ni, tapi korang tak dengar bunyi tapak kaki dia sebab fon telinga korang lagging! Arghh..Haa..meh kami kongsikan tentang fon telinga canggih HUAWEI iaitu FreeBuds 3 yang kini dikuasakan dengan cip Kirin A1. Dengarnya, FreeBuds 3 ni memang ngam untuk kaki game!

Kredit: teknoratz.com

Menawarkan latensi yang rendah tetapi mempunyai kestabilan yang tinggi, FreeBuds 3 digabungkan dengan dua saluran unik supaya pengguna tidak merasa kelewatan bunyi apabila menggunakannya. Yang lagi best, FreeBuds 3 juga memberikan pengalaman bunyi yang selari dan memang real!

FreeBuds 3 ini turut dilengkapi dengan teknologi inovatif dual-channel yang membolehkan kedua-dua fon telinga menerima isyarat sauran kiri dan kanan secara langsung dari telefon bimbit korang. Ia secara tidak langsung dapat mengelakkan gangguan bunyi untuk pengalaman bunyi yang lebih baik!

Bukan itu je, FreeBuds 3 juga merupakan peranti pertama di dunia yang dilengkapi sokongan Bluetooth 5.1 dan Bluetooth Low Energy 5.1 yang membolehkan sambungan ke peranti lebih stabil dan kukuh. Melaluinya, fon telinga dapat mengenal pasti jalur frekuensi 2.4GHz dari WiFi yang menggangu, seterusnya akan menukarkan jalur frekuensi ke saluran yang lain.

Fon telinga pertama di dunia yang menyokong ciri semi-open pembatalan bunyi bising!

FreeBuds 3 ini merupakan fon telinga tanpa wayar pertama di industri yang mempunyai fungsi pembatalan bunyi. Fon telinga semi-open ini juga adalah berbeza dengan fon telinga jenis in-ear yang lebih jelas dari segi kebocoran bunyi.

Yelah, setiap pengguna kan mempunyai struktur corong telinga, habit dan postur pemakaian fon telinga yang berlainan, jadi FreeBuds 3 ini direka berdasarkan acuan kepala standard dan dicipta berdasarkan corong telinga sebenar manusia, mengikut umur yang berbeza, jantina, saiz telinga serta tabiat pemakaian supaya sesuai digunakan oleh semua orang.

FreeBuds 3 juga dihubungkan melalui APP Life Smart, iaitu pengurangan bunyi bising aktif yang boleh dihidupkan dengan hanya satu klik, dan boleh diselaraskan mengikut pilihan pengguna. Memang betul-betul mesra pengguna!

Fungsi pembatalan bunyi HUAWEI FreeBuds 3 boleh dimuat turun melalui AI Life di Galeri App HUAWEI dan Google Play Store.

Sambungan cepat dan sensitif!

Dari segi sambungan dan pairing, FreeBuds 3 hanya mengambil masa 3 saat untuk berhubung dengan telefon bimbit korang, di mana apabila kotak pengecas dibuka, ia akan terus bersambung secara automatik.

 

Pengecasan pantas dan jangka hayat bateri lebih lama!

Perkara yang selalu dititikberatkan apabila membeli fon telinga adalah hayat bateri yang lama dan kelajuan pengecasan. Betul tak?

Kalau korang nak tahu, bekas penyimpanan FreeBuds 3 adalah sebenarnya bekas pengecasan Jenis C yang tidak memerlukan pengecas tambahan dan kord kuasa yang lain. Guna pengecas telefon pintar korang pun boleh!

Daripada segi bateri pulak, apabila bekas simpanan FreeBuds 3 dicas penuh, ia boleh memainkan lagu selama empat jam atau sehingga 20 jam. Manakala apabila fon telinga FreeBuds 3 dicas penuh pula, ia mampu bertahan sehingga 2 jam setengah panggilan dan mencapai jumlah panggilan selama 12 jam apbila dicas secara berulang kali.

Bekas simpanan ini juga boleh dicas tanpa wayar dan ini bermakna ia boleh dicas terus dari telefon pintar Mate 20 Pro atau P30 Pro.

Rekaan yang elegan dan mudah dibawa kemana sahaja!

Kalau korang tengok rekaan FreeBuds 3 ni, mesti korang jatuh cinta! Mana taknya, dua pilihan warna putih dan hitam memang tampak klasik, elegan dan in-trend! Dari segi rekaan bekas penyimpanan yang bulat pula, ia amat mudah digenggam dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Apa lagi yang korang tunggu, sememangnya FreeBuds 3 pilihan tepat!

Memang admin jatuh cinta betul lah dengan ciri-ciri FreeBuds 3 ni. Tak sama dengan pesaing lain tau! Cepat dapatkan HUAWEI FreeBuds 3 dengan ciri-ciri menakjubkan ni dengan harga RM679 untuk kehidupan holistik yang lebih pintar!

Tambah menarik, HUAWEI turut melancarkan penyimpanan awan 50GB secara percuma selama tiga bulan untuk semua siri HUAWEI Mate30.

Pengguna siri HUAWEI Mate 30 boleh menuntut tawaran dengan hanya log masuk dengan ID HUAWEI orang pada tetapan peranti dan ia harus di konfigurasi tetapan Malaysia.

CARA TUNTUTAN

1. Masuk dengan ID Malaysia HUAWEI korang

2. Tetapan> Akaun> Cloud> Tingkatkan Storan Cloud> Tuntutan 50 GB (sah selama tiga bulan sahaja).

Jom miliki HUAWEI FreeBuds 3 dan rasai sendiri pengalaman menakjubkan sekarang di kedai HUAWEI terdekat atau layari laman web HUAWEI hari ini juga!