berita

HUAWEI Y6p Dilancarkan Dengan Gaya, Skrin & Bateri Lebih Besar. Cuma Berharga RM559!

May 19th, 2020 | by Epul
Sponsored Post

Mencari telefon pintar yang menepati cita rasa tak mudah. Lagi-lagi buat korang yang nakkan telefon berskrin dan bateri dengan kapasiti besar tapi pada harga murah.

Memperkenalkan HUAWEI Y6p yang baru saja dilancarkan, lengkap dengan bateri, skrin dan gaya lebih besar. Dengan bateri 5,000mAh, korang tak perlu risau untuk mengecas telefon sentiasa jika merakam video dalam tempoh lama.

Kapasiti bateri lebih besar

Berdasarkan ujikaji yang dijalankan terhadap siri terdahulu HUAWEI Y (HUAWEI Y9s) yang dilengkapi bateri 4,000mAh dan mampu menyokong pelayaran internet sehingga 10 jam, bermain game selama 9 jam serta memainkan muzik selama satu hari, HUAWEI Y6p ini dikatakan mampu memecahkan rekod berkenaan.

HUAWEI Y6p juga direka untuk mendapatkan hasil gambar OOTD terbaik. Selain menampilkan rekaan belakang telefon yang unik, HUAWEI Y6p hadir dalam 3 warna berbeza iaitu Emerald Green, Phantom Purple dan Midnight Black.

Skrin Dewdrop Display 6.3″ dengan 88.4% screen-to-body ratio memberikan pengalaman visual yang luas jadi korang boleh layan filem atau main permainan menyeronokkan kurang gangguan.

Kualiti kamera terbaik, storan lebih besar

Bagi memastikan korang dapat merakam memori yang jelas, HUAWEI Y6p dilengkapi dengan 13MP kamera utama termasuk kamera wide-angle yang membantu memuatkan seluruh ahli keluarga ketika sesi bergambar.

Kamera hadapannya pula dilengkapi 8MP kamera bagi memastikan panggilan video dapat dilihat dengan jelas di pandangan pemanggil. Selain itu, kualiti rakaman video TikTok juga lebih bagus dan seronok kerana setiap pergerakan dapat direkod secara jelas.

Memahami keperluan korang yang mahu menyimpan ribuan gambar dan video bersama yang tersayang, HUAWEI Y6p disertakan ruangan simpanan sebanyak 64GB selain tambahan 15GB storan cloud percuma untuk 12 bulan.

HUAWEI AppGallery lebih selamat

HUAWEI turut mencatatkan perkembangan baik melalui AppGallery apabila pelbagai aplikasi popular di Malaysia boleh digunakan di platform HUAWEI seperti Maybank2U, RHB Bank, PB Engage, Touch n go e-wallet, shopee, lazada, Facebook, Whatsapp, Astro Go, Here WeGo dan banyak lagi.

Malahan, dengan 4-lapis perlindungan keselamatan untuk aplikasi dan perisian, ia mampu menghalang penggodam dan korang boleh terus yakin dengan keselamatan aplikasi yang dimuat turun dari AppGallery.

Selain itu, HUAWEI AppGallery juga bakal terus memberikan manfaat buat penggunanya seperti:-

  • Pelbagai ganjaran dan faedah yang boleh ditebus melalui AppGallery
  • Akses aplikasi yang dibangunkan dari seluruh dunia berbanding Google (sesetengah aplikasi dikunci mengikut wilayah)
  • Lebih selamat, lebih storan dan ganjaran

Sementara HUAWEI terus memenuhkan galeri mereka dengan aplikasi kegemaran korang, mesti ada yang nak aplikasi tertentu tapi tidak boleh dimuat turun dari AppGallery kan?

Jangan risau, sebab korang boleh muat turun FindApps di AppGallery. Ia merupakan ‘hub‘ untuk membantu korang mendapatkan aplikasi yang diperlukan terus dari sumber dipercayai seperti Grab, Facebook, Telegram, Facebook lite dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI AppGallery, layari laman web HUAWEI.

Dapatkan HUAWEI Y6p bersama peranti menarik HUAWEI yang lain hari ini!

Kalau korang dah baca ciri-ciri HUAWEI Y6p tadi, sebenarnya lagi best kalau korang dapatkan sekali peranti HUAWEI yang lain seperti HUAWEI Matepad T dan HUAWEI Band 4 Pro pada harga RM3.69 sehari dengan pelan ansuran mereka. Klik SINI untuk maklumat lanjut.

Kalau korang dah berada dalam ekosistem HUAWEI, senanglah korang nak buat panggilan video dengan HUAWEI Y6p, layan filem dengan HUAWEI Matepad T dan jalani gaya hidup aktif dengan HUAWEI Band 4 Pro!

Malah, korang juga boleh menebus storan cloud sebanyak 15GB percuma untuk 12 bulan, langganan HUAWEI Video dan VIU percuma untuk 1 bulan (penebusan boleh dilakukan bermula dari 25 Mei, siapa cepat dia dapat!)

Tawaran istimewa untuk produk baru

Bukan itu saja, HUAWEI turut mengadakan tawaran istimewa sempena bulan Ramadan untuk produk baru bermula 16 Mei lalu. Semua produk terbaru HUAWEI akan tersenarai dalam kempen promosi terhebat mereka dari telefon pintar, tablet, komputer riba dan speaker.

Sesiapa yang membeli mana-mana produk HUAWEI bermula 16 Mei akan menerima hadiah percuma tau!

HUAWEI turut mengumumkan harga runtuh untuk peranti HUAWEI Y5p yang boleh dibeli pada harga RM359! Murah gila!

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran dan promosi produk baru, layari laman web HUAWEI atau dapatkan HUAWEI Y6p korang hari ini pada harga hanya RM559 di kedai online HUAWEI.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×