Sejak minggu lalu, nama pempengaruh View Chin menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas dia didakwa menjalinkan hubungan dengan pekerjanya sendiri. Perkara tersebut mula diperkatakan susulan tindakan isteri View Chin iaitu Sharmine membuat pendedahan di Facebook miliknya.
‘Saya tiada mengena dengan perceraian mereka’
Sebentar tadi, wanita yang dikaitkan dengan View Chin iaitu Amira Aqilah membuat satu hantaran di Instagram dengan memohon maaf kepada beberapa individu termasuk Sharmine atas apa yang berlaku.
Menjelaskan perkara itu, Amira memberitahu bahawa hubungannya dengan pempengaruh itu hanya terjalin setelah lelaki itu sah bercerai dengan Sharmine.
Saya Amirah Aqilah Firdaus ingin memohon maaf kepada Miss Sharmine, Sylvia, Scarlett and Shyane stelah apa yang berlaku. Saya rasa menyesal dan mengakui segala kesilapan saya. Tapi hubungan saya dengan View Chin bermula setelah mereka telah sah bercerai.
Ujar Amira lagi, dia langsung tidak terlibat dengan masalah rumah tangga pasangan ini seperti yang didakwa netizen sebelum ini.
Bukan semasa mereka masih bersama seperti apa yang telah viral sekarang. Saya tiada kena mengena dengan hubungan perceraian mereka. Saya menerima segala kecaman dengan hati yang terbuka. Sekali lagi, saya mohon maaf.
Sumber: Amirah Aqilah Firdaus