berita

Hubungan Tidak Direstui Keluarga, Bakal Pengantin Nekad Minum Racun Rumput

September 5th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Sepasang kekasih di Indonesia nekad meminum racun rumput kerana hubungan mereka tidak direstui keluarga.

Artikel Berkaitan: Terasa Hati Dengan Kata-Kata Orang Tua, Anak Tikam Mak 50 Kali Sampai Mati Di Meja Makan

Salah faham antara keluarga

Memetik laporan Detik Sumbangsel, kedua-dua mereka meminum racun rumput di kawasan pelancongan air terjun Batu Kampit pada Khamis lalu.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kepahiang iaitu Inspektor Doni Juniansyah, pasangan itu ditemui oleh penduduk setempat dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kerana keadaan mereka lemah akibat meminum racun rumput, kedua-duanya dilarikan ke hospital. Kedua orang tuanya sudah di maklumkan.

Dikatakan, pasangan ini sudah bertunang dan memutuskan untuk berkahwin namun tidak direstui oleh salah seorang daripada ibu bapa mereka.

Kedua-dua mereka terdesak untuk minum racun rumput, kerana ada persilisihan faham antara ibu bapa mereka, jadi perkahwinan yang mereka rancang dibatalkan.

Difahamkan, mangsa wanita meninggal dunia di hospital kira-kira 12 jam setelah kejadian. Manakala, kekasihnya masih menerima rawatan lanjut.

Sumber: Detik Sumbangsel

SKIP THIS AD ×