Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan keadaan wanita beragama Islam yang mengambil pil pencegah haid demi memenuhi ibadah berpuasa selama sebulan.

Artikel Berkaitan: ‘Dah Masuk Tahun Keempat Saya Berpuasa’ – Nigel Sparks

Artikel Berkaitan: Beronani Keluar Mani Dalam Bulan Puasa: Dosa, Wajib Ganti & Larangan Makan Sampai Berbuka

Hukum makan pil pencegah haid

Memetik laporan pada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi Irsyad Fatwa Khad Ramadan, hukum bagi wanita mengambil pil pencegah haid untuk berpuasa penuh adalah harus.

Bagaimanapun, keadaan itu memerlukan individu terbabit untuk mendapatkan nasihat pakar agar tiada implikasi yang boleh memudaratkan kelak.

Selain itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memaklumkan adalah lebih baik untuk tidak menggunakan pil pencegah haid bagi meraikan fitrah semula jadi yang telah ditetapkan Allah buat kaum wanita.

Berdasarkan pandangan ulama, memakan ubat untuk melambatkan kitaran haidnya adalah dibolehkan dengan syarat mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu dan ubat tersebut tidak mendatangkan kemudaratan kepada penggunanya. 

Kedatangan haid merupakan sesuatu tanda wanita itu dalam keadaan sihat. Oleh itu, wanita yang mengalami haid ketika bulan Ramadan, boleh meninggalkan puasa dan menggantikannya di bulan -bulan lain.

Walau apa pun pilihan yang dibuat, Islam memberi kemudahan dan tidak membebankan umatnya. Yang penting, setiap keputusan dibuat dengan ilmu, pertimbangan kesihatan dan niat yang baik.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan