Pada masa kini, pengguna laman sosial sanggup melakukan apa saja demi mengejar populariti dan likes. Ada yang sanggup memanjat ke atas menara yang tinggi demi sekeping gambar selfie. Namun, menerusi Mirror.uk menegaskan bahawa kerajaan Thailand boleh mendakwa pelancong yang menangkap gambar selfie di pantai berhampiran lapangan terbang Thailand dengan hukuman mati.
Hukuman mati kepada pesalah
Pantai yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket begitu popular di kalangan pelancong untuk bergambar terutama ketika kapal terbang berlepas ataupun mendarat. Tindakan tersebut menimbulkan kemarahan pengurusan lapangan terbang yang mengatakan tindakan tersebut menggangu tumpuan juruterbang.
Kami akan mewujudkan zon keselamatan yang diklasifikasikan sebagai kawasan larangan bergambar. Selain kawasan ini, penduduk tempatan dan pelancong masing lagi boleh mengambil gambar seperti biasa.
Menurut Wichit Kaewsaithiam, Pengurus Besar Lapangan Terbang tersebut akan mengambil tindakan selanjutnya untuk melarang gambar diambil dari kawasan tersebut.
Menganggu tumpuan juruterbang
Dia turut memberi amaran kepada pelancong yang melepaskan dron di kawasan itu dan penggunaan pen laser yang boleh menjejaskan tumpuan juruterbang mengendalikan pesawat. Penalti maksimum bagi pesalah ialah hukuman mati. Dia turut mendakwa bimbang akan keselamatan pelancong yang bergambar di situ. Orang ramai dinasihatkan untuk menjauhkan diri dari kawasan larangan itu bagi mengelak sebarang kemalangan.
Demi keselamatan pelancong
Segala peraturan yang ditetapkan bertujuan untuk melindungi pendengaran pengunjung akibat bunyi bising enjin pesawat. Penalti untuk mana-mana pihak yang termaktub dalam peraturan itu termasuk hukuman mati, penjara seumur hidup atau penjara lima dan 20 tahun di bawah Akta Penerbangan 1978.
Sumber: Mirror.uk