berita

‘Hukuman Mati Mandatori Masih Ada & Belum Dimansuhkan’ – Tun M

October 15th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Minggu lalu, Kabinet memutuskan untuk memansuhkan pelaksanaan hukuman mati mandatori bagi semua kesalahan di negara ini. Namun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu hukuman mati mandatori dikekalkan.

Tidak bermaksud hukuman dihapuskan

Menerusi laporan Harian Metro, beliau berkata, ia tidak bermaksud hukuman berkenaan sudah dihapuskan walaupun ada cadangan untuk memansuhkan hukuman terbabit.

Kita perlu menunggu sehingga akta berkaitan diluluskan. Kerajaan belum meluluskan undang-undang berkaitan pemansuhan hukuman mati

Terdapat 18 kesalahan jenayah

Terdapat 18 kesalahan jenayah yang dikenakan hukuman mati. Ianya termasuk mengedar dadah, melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, keganasan, membunuh, membunuh mangsa ketika penculikan, memiliki dan menggunakan senjata api, merogol sehingga menyebabkan kematian dan merogol kanak-kanak.

Pada masa ini 1,267 banduan berdepan hukuman mati di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 tetapi hukuman itu tidak dilaksanakan sejak 2014.

Bebaskan 11 etnik Uighur

Sementara itu, beliau juga berkata, 11 etnik Uighur yang menyusup masuk ke negara ini sejak November tahun lalu dilepaskan selepas didapati tidak melakukan sebarang kesalahan dalam negara.

Mereka tidak melakukan kesalahan di negara ini, maka mereka dibebaskan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×