berita

‘Humble & Tak Sombong..’ – Tak Ada ‘Job’ Berlakon, Bapa Zahirah Macwilson Tak Malu Jual Baja

July 12th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Instagram Zainol Macwilson

Tak dinafikan, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia terkesan dek pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Seperti yang dilalui oleh pelakon tempatan iaitu Zainol Macwilson yang kini sudah menceburi bidang perniagaan dengan menjual baja.

Cari rezeki jual baja

Foto: Instagram Zainol Macwilson

Seperti yang kita tahu, bapa kepada pelakon terkenal Zahirah Macwilson iaitu Zainol Macwilson sebelum ini telah melibatkan diri dalam perniagaan dengan menjual buah harum manis. Namun kini, beliau sudah beralih ke perniagaan baja pula. Zainol menerusi akaun Instagram miliknya memaklumkan dia tidak segan untuk melakukan apa-apa pekerjaan asalkan ianya adalah sumber pendapatan yang halal.

Salam hari minggu semua! Saya rasa belum terlambat untuk saya nak ucapkan ribuan terima kasih sekali lagi pada para pelanggan yang telah sudi melanggan harumanis dengan saya baru-baru ni dan sekarang dengan PKP, shooting pun tak de jadi, saya beralih ke penjualan baja pula! Yang penting, kita cari rezeki yang halal dan tak perlu nak rasa malu dan segan!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Zainol dalam mencari rezeki dan tidak memilih pekerjaan. Malah dia juga disifatkan sebagai seorang pelakon yang sangat merendah diri.

Respon netizen

Sumber: Zainol Macwilson

SKIP THIS AD ×