Pertarungan Fury Championship hun

Pelakon Hun Haqeem terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital swasta hari ini selepas mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan ketika menyertai Kejohanan Sukan Tempur di Gelanggang Fury Championship, pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ikmal Amry Juara, Tumpaskan Hun Haqeem

Artikel Berkaitan: Ikmal Amry Sertai Celebrity Fight Boxing & Hyrox Di Bangkok – ‘Saya Janji Tidak Akan Malukan Diri Sendiri’

Pemeriksaan doktor

hun haqeem

Ketika dihubungi OhBulan!, Pengurus Hun, Afdal Shahizad Zainudin, memberitahu aktor itu berada dalam keadaan stabil namun perlu melakukan pemeriksaan lanjut dengan doktor.

Setakat ini keadaannya stabil namun memang dia mengalami kecederaan di lutut kanan selepas pertarungan semalam.

Hun akan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan susulan hari ini. Melihat keadaan dia tadi (semalam), tidak terlalu serius, namun Hun akan melakukan pemeriksaan lanjut untuk pengesahan kondisi lututnya daripada doktor.

Dalam pada itu, Afdal memohon doa daripada semua pihak agar Hun cepat sembuh.

Doakan Hun tidak mengalami kecederaan serius, dan kembali kuat. Terima kasih di atas sokongan.

Terdahulu, Hun tewas di tangan pelakon, Ikmal Amry dalam pertarungan yang berlangsung selama tiga minit di gelanggang Fury Championship.

Perlawanan berlangsung pada pukul 12.01 tengah malam semalam dengan disaksikan seramai 1,700 penonton di dalam dewan selain turut disiarkan secara live di media sosial.

Fury Championship merupakan kejohanan sulan tempur pertama dianjurkan di Malaysia.

Kejohanan ini menampilkan barisan pejuang profesional, pencabar amatur, pempengaruh, serta selebriti, menjanjikan pengalaman penuh adrenalin bagi peminat sukan tempur.

Diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wafiy dan Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Jaasuzuran, Fury Championship lahir daripada minat mendalam mereka terhadap sukan tempur serta visi untuk membawa industri sukan ini ke tahap lebih tinggi.

Mengambil inspirasi daripada gergasi global seperti ONE Championship, Jaa dan Wafiy berhasrat menjadikan Fury Championship sebagai platform utama sukan tempur di Malaysia.