
Pelakon, Hun Haqeem berpendapat kaum lelaki juga perlu menjalani ujian kesuburan sebagai salah satu usaha untuk memikiki zuriat sekali gus memecahkan tanggapan umum bahawa bukan hanya kaum wanita sahaja yang harus melakukan proses tersebut.
Artikel Berkaitan: Hun Haqeem Tak Sabar Nak Ada Isteri, Seronok Dengar Ayda Jebat & Mira Filzah Cerita Fasal ‘Baby’
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Puji Hun Haqeem Tak Tinggal Solat
Stereotaip Isu Mandul

Hun atau nama sebenar Haqeem Hermy, 27, berkata, ujian tersebut memberi keadilan untuk setiap pasangan yang sudah berkahwin dan isu kesuburan tidak wajar diletakkan di atas bahu kaum hawa semata-mata.
Kalau tanya saya, sudah pasti saya akan buat ujian kesuburan, bagi saya lelaki di luar sana juga perlu lakukan.
Sebab ada lelaki yang minta wanita untuk lakukan ujian tersebut, jadi lelaki juga perlu buat ujian yang sama.
Kiranya adil untuk kedua-dua pihak iaitu pihak diri sendiri dan pasangan kita supaya masing-masing tahu sekiranya ada masalah yang dihadapi.
Hun berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama Thariq Ridzuwan: His Treasure dan Mandul Bukan Pilihan yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Tambah Hun, apa jua permasalahan mahupun isu dalam rumah tangga harus ditangani dengan baik melalui cara berkomunikasi dan berbincang.
Komunikasi yang baik adalah asas kepada hubungan yang sihat dan kekal. insya-Allah apa apa masalah pasti ada penyelesaian.
Jika ada yang tidak kena, cuba cari penyelesaian bersama sebab komunikasi itu penting dalam perkahwinan.
Dalam perkembangan terkini, Hun tampil dengan drama bersiri terbaharu berjudul Mandul Bukan Pilihan bersama barisan pelakon lain seperti Mira Filzah, Ayda Jebat, Ashraf Muslim dan ramai lagi.

![[VIDEO] Pekerja Coffee Bean Fasih Bertutur Bahasa Korea Curi Perhatian Warganet](https://media.says.com/2026/09/yu9GYzFz-download.png)





![[VIDEO] Khairul Aming Menangis Kenang Arwah Bapa – ‘Dulu Nak Beli Ubat Tak Ada Duit, RM50 Pun Saya Tak Mampu Nak Bagi’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/khairul-aming-.jpg)
