berita

Hyolyn Live In Malaysia 28 June 2019! Ini ‘Trick’ Nak Dapatkan Tiket Dengan Diskaun Sebanyak 20%

June 18th, 2019 | by Wan
Shout Out!

Siapa dekat sini peminat Hyolyn? Penyanyi, penulis lirik dan produser seksi dari Korea yang kini bergerak secara solo selepas pembubaran kumpulan Sistar akan menggegarkan Kuala Lumpur pada 28 Jun 2019 menerusi konsert siri jelajah 1st World Tour [TRUE]! 

Istimewa buat peminat Malaysia

Penyanyi berusia 28 tahun ini memulakan konsert siri jelajah di Seoul dan beberapa bandar sekitar Eropah iaitu di Berlin, Amsterdam, Tokyo, Taipei dan istimewanya di Kuala Lumpur!

Album ‘Love & Hate’ Hyolyn menerima sambutan yang luar biasa dari peminat seluruh negara dan lagu “One Way Love” menenangi beberapa pencalonan di anugerah terkemuka. Bukan itu sahaja, lagu ini turut berada di tempat pertama dalam carta Billboard’s K-Pop Hot 100! dan Gaon’s Weekly Digital Chart. 

Kemerduan suara Hyolyn turut menjadi pilihan pengarah apabila lagunya dijadikan OST untuk drama dan filem popular Korea seperti ‘My Love from the Star’, ‘The Little Prince’, ‘Hwarang: The Poet Warrior Youth’ dan banyak lagi. 

Lebih 16 lagu

Tiga bulan yang lalu Hyolyn hadir ke Malaysia di acara Puma Cali Party bertempat di Sentul Depot, Sentul West, Kuala Lumpur. Bagi menghargai peminat setianya di Malaysia, Hyolyn mengumumkan berita gembira akan mengadakan konsert siri jelajah di sini.

Bakal berlangsung di Dewan Wawasan, Menara PGRM Cheras, Hyolyn akan membawakan lebih daripada 16 buah lagu dan menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan kepada peminat-peminatnya di Malaysia. Konsert solo Hyolyn ini dianjurkan bersama oleh WeMedia dan Soul9sProduction.

Buat peminat Hyolyn, korang boleh dapatkan tiket dengan harga istimewa sebanyak 20% menerusi laman web superdeals.com.my Korang boleh dapatkan tiket bagi kategori CAT B pada harga RM267.20, manakala tiket bagi kategori CAT C berharga RM187.20

Buat peminat Hyolyn, tunggu apa lagi! Inilah masanya untuk temui artis Korea kesayangan korang semua. Jumpa di sana!

SKIP THIS AD ×