Di Instagram, pelakon, Nabila Huda berang apabila ada segelintir pihak cuba bercakap mengenai saiz badannya. Menurut Nabila, budaya ‘body shaming’ ini harus diberhentikan dengan segera sebelum ianya menjadi parah dalam kalangan masyarakat di negara ini.
You ada apa?
Ujar Nabila, dia memberi amaran keras kepada semua individu yang suka melakukan ‘body shaming’ agar tidak melakukan perbuatan tersebut lagi. Tambahnya, dia bakal menyakiti hati individu berkenaan sekirannya mereka masih melakukan hal tersebut.
Nabila turut memberitahu bahawa dia faham mengenai perasaan semua wanita dan lelaki di luar sana yang menjadi mangsa ‘body shaming’. Sebagai manusia, pelakon ‘Munafik’ ini turut memaklumkan bahawa setiap manusia yang dicipta oleh Allah mempunyai kecantikan tersendiri. Oleh itu, siapa kita untuk menilai dan membezakan setiap manusia di atas muka bumi ini.
Abaikan saja Abil
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis bersetuju dengan tindakan Nabila Huda kerana berani bersuara mengenai isu hangat ini. Menurut rakan artis, budaya ‘body shaming’ ini bukanlah budaya yang baik bahkan, ianya memberi kesan yang mendalam buat mental dan fizikal seseorang.
Sumber: Nabila Huda