berita

‘I Pun Tak Nak Laki Orang, Tapi Itu Aturan Allah’ – Isteri Da’i Farhan

December 6th, 2019 | by Shira
Kini Trending

Buat pertama kali Da’i Wan dan isteri barunya, Noorainul Naqim Mohd Radzi digandingkan dalam satu temubual eksklusif di Astro Gempak. Pasangan ini juga turut membuka mulut dengan mendedahkan perkara sebenar yang berlaku dalam kisah hubungan mereka yang kini menjadi perhatian netizen.

Perkahwinan ketiga bersama Da’i Farhan

Menerusi temubual ekslusif Astro Gempak, isteri baru Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih mesra dengan nama Dr. Erin memberitahu dua perkahwinan terdahulunya gagal kerana terpisah dengan ajal dan perceraian. Tambahnya lagi, perkahwinannya dengan Da’i Farhan merupakan perkahwinannya yang ketiga.

Suami pertama saya meninggal dunia dan kemudiannya berpisah dengan kerelaan hati. Tetapi kami masih berkawan baik sampai sekarang.

Menceritakan kisah itu, dia turut memberitahu bahawa kesemua anak-anaknya sangat supportive dengan perkahwinannya itu memandangkan mereka telah dididik dengan sikap rasioanal.

Saya tidak takut pada title janda pun. Sebab saya rasa kalau saya berkahwin sebab pahala tapi kalau saya kahwin sebab nak burukkan suami dekat orang, tak puas hati dengan suami, cerita sana cerita sini buat masuk neraka je lebih baik saya cerai.

Sudah ada calon suami lain

Mengimbau kembali detik pertemuannya dengan suami, dia menceritakan pada awalnya mereka langsung tidak mengenali antara satu sama lain kerana Da’i Farhan pada ketika itu merupakan mutawwif untuk travel agency yang digunakan olehnya ke tanah suci Mekah.

Tambahnya lagi, tidak terlintas langsung di akal fikirannya untuk bertemu jodoh dengan Da’i Farhan kerana sebenarnya dia sudah ada calon suaminya yang lain dan sedang mengerjakan umrah sama-sama ketika itu. Untuk dijadikan cerita, pada malam selepas melakukan ibadah di Mekah, dia bermimpi dan terasa merindui seseorang sehinggalah pada keesokan harinya dia ternampak wajah Da’i Farhan di cermin.

Balik malam tu, I tidur I mimpi something yang best sangat. Lepas solat subuh, jantung dah pumping dan rindukan seseorang. Kemudian, I berdoa kepada Allah untuk tunjukkan siapa yang aku rindu ni. Memang appear muka ustaz dekat cermin.

Allah aturkan jodoh kami

Tambahnya lagi, calon suami yang dibawanya bersama ke tanah suci itu amat memahami kerana dia sendiri telah menyaksikan detik pertemuan yang berlaku di Tanah Suci itu.

I pun tak nak laki orang sebab I pun dah ada calon bujang, tapi Allah aturkan I ke sini juga. Mesti ada something yang Allah nak suruh kita combine. Sebab I pun berdoa dengan kejayaan ni I nak tolong orang, Itu yang Allah bagi ustaz sebab combination kitorang complete each other untuk perjuangkan apa yang nak diperjuangkan.

Dalam pada itu, kedua-dua pasangan ini walau bagaimanapun mengharapkan agar hubungan perkahwinan ini sentiasa dirahmati dan berkekalan sehingga ke akhir hanyat.

Sumber: Astro Gempak