berita

‘I Thought You Are Smarter Than Those Carrot Brain YBs’ – Dr Maszlee Balas Sindiran KJ

November 12th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Pagi tadi Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin (KJ) lantang menyindir Menteri Pendidikan YB Dr Maszlee Malik yang ingin mencontohi Jepun dan mengkaji semula sarapan percuma kepada pelajar. Sedangkan program itu telah dilaksana parti Barisan Nasional menerusi RMT sejak 1979 lagi.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan menerusi laman Facebook rasminya membidas sindiran KJ  dan menyifatkan dia tahu salahlaku kerajaan terdahulu dalam Rancangan Makanan Tambahan sekolah sehingga diberikan amaran oleh Jabatan Audit Negara.

Saya juga tahu tentang korupsi

Tahniah KJ kerana cakna dengan isu pendidikan setelah menjdi penganggur dalam parti.

Cuma KJ kena tahu, saya juga tahu tentang korupsi dan salahlaku kerajaan terdahulu dalam rancangan makanan tambahan sekolah sehingga diberikan amaran oleh Jabatan Audit Negara (lihat gambar). Saya juga tahu hilangnya susu dari program bantuan susu sewaktu kerajaan dahulu. Saya juga maklum banyaknya projek projek direct nego oleh kerajaan dahulu dalam projek projek kementerian, seperti isu solar diesel di Sarawak dan lain-lain lagi.

Saya turun ke sekolah dan dengar rintihan

KJ juga perlu tahu RMT bukannya projek bantuan sarapan sasaran B40 yang saya rencanakan untuk dilaksanakan. Ramai anak-anak di desa dan miskin kota yang pergi ke sekolah dengan perut kosong dan hanya makan pada waktu tengah hari melalui RMT. Saya turun ke sekolah sekolah dan mendengar rintihan anak-anak.

I thought you are smarter than those carrot brain YBs, please show that you are! Terima kasih atas ‘nice words’ dalam tweet semalam. Can’t wait to see your new party…

Teguran Audit

Ini merupakan surat teguran oleh Jabatan Audit Negara terhafap pengurusan Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada Kementerian Pendidikan Malaysia buat kerajaan terdahulu. Terdahulu, KJ dalam perbahasannya, menyindir Dr Maszlee dan menyifatkan Menteri Pendidikan itu terlalu sibuk memberi cadangan dan kenyataan yang tidak perlu.

Sumber: Maszlee Malik

SKIP THIS AD ×