berita

Ia Adalah Fitnah – Zara Zya Nafi Jaja Cerita Buruk Mengenai Azlee Khairi

June 9th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-06-09 at 11.20.02 AM

Entahlah. Tak tahu di mana silapnya, Zara Zya dan Azlee Khairi ini dikatakan bermusuhan antara satu sama lain. Malah, Zara dikatakan bermulut celupar dan jaja cerita buruk mengenai Azlee.

Macam tak percaya pula dengan kontroversi ini sebab rasanya masih lagi terbayang-bayang babak-babak romantis yang dilakonkan oleh mereka dalam drama ‘Love You Mr Arrogant’ kan?

Terkejut, geram dan kecewa. Itulah antara kenyataan yang diberikan oleh Zara apabila dia diajukan persoalan mengenai isu ini oleh MStar Online.

Screen Shot 2014-06-09 at 11.21.22 AMAzlee Khairi dan Zara Zya bergandingan dalam ‘Love You Mr Arrogant’

“Mula-mula rasa geramlah juga apabila membaca berita kononnya saya bermulut celupar memburukkan dia (Azlee). Sedangkan saya tak pernah berbuat begitu. Entah apa tujuan mereka yang menyebarkan cerita seperti itu tentang saya, saya tak tahu. Apa yang saya rasakan ia adalah fitnah.”

Tak cukup dengan dakwaan bermulut celupar, Zara juga dikatakan sudah mula lupa diri selepas merangkul Artis Baru Wanita Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) yang berlangsung pada bulan lalu.

“Siapa yang tidak terasa hati apabila berita buruk mengenai kita dilaporkan. Tetapi, tidak apa, saya sudah lama bersedia dengan isu-isu sebegini.

Lapan tahun saya bergelar pelakon dan tiba-tiba nama saya naik hanya kerana drama Love You Mr Arrogant membuatkan saya cukup bersyukur kerana akhirnya orang melihat bakat saya.

Tetapi saya juga perlu tahu ketika orang gembira dengan kejayaan kita, ada juga orang yang tidak senang. Saya akur tentang perkara itu.”

Apapun, diharapkan semuanya sekadar fitnah. Pandai-pandailah bawa diri dan jaga nama baik. Jangan jadi artis kontroversi tanpa produk pula nanti.

P/S: Masa tak popular dulu, tiada siapa pun peduli. Bila dah mula meningkat naik, ramai pula nak tabur fitnah ya?

Kredit foto : Instagram Zara Zya

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×