Pelawak dan usahawan, Shuib menyorot perhatian apabila memuat naik hantaran menyentuh hati mengenai anaknya, Ayash Affan yang genap berusia empat tahun, semalam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Perjelas Keadaan Tangan Ayash Affan Tidak Normal – ‘Dia Dilahirkan Tak Cukup Bulan, Dianggap Bayi Ajaib’

Artikel Berkaitan: ‘Hari Ini Sepatutnya Ayash Affan Dilahirkan Tapi Diganti Jadi Hari Pertama Medical Check Up Ayash Tanpa Ibu’

Selamat hari lahir, Ayash

Menerusi Instagram (IG), Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhamad mengimbau kembali detik cemas Ayash yang dilahirkan dalam keadaan pramatang pada 6 Ogos 2021.

Kongsi Shuib, Ayasha tidak memberikan sebarang respon hampir lapan saat selepas dilahirkan namun, dengan izin Allah serta bantuan pegawai perubatan akhirnya anak bongsunya itu mula bernafas.

Dia lahir pada 6 Ogos 2021 pukul 4.29 petang.

Dia bayi pramatang, semasa lahir dia tak bernafas hampir lapan saat.

Allah Maha Hebat dan dengan bantuan Doktor bertugas dan izin Allah, dia bernafas buat pertama kalinya.

Dalam pada itu, bekas peserta Raja Lawak musim ketiga turut menitipkan doa buat Ayash agar membesar dan menjadi anak yang soleh dalam keluarga.

Hari ini, genap usianya 4 tahun.

Semoga menjadi anak yang sihat, anak yang baik, anak yang soleh di dunia dan akhirat.

Ibumu melihatmu dari jauh, melihat dengan penuh kasih dan sayang.

Selamat hari lahir, Ayash Affan.

Ibu (Arwah Siti Sarah), anak you dah empat tahun.

Komen netizen

Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian netizen dan rakan artis yang rata-ratanya meluahkan rasa sebak dengan perkongsian Shuib.

Menjengah ke ruangan komen, mereka menitipkan ucapan hari lahir buat Ayasha dan mendoakan agar kanak-kanak itu dapat membesar dengan sihat.

Sekadar info, Ayash merupakan anak hasil perkahwinan Shuib bersama Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

Untuk rekod, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir tiga hari selepas melahirkan Ayash akibat komplikasi jangkitan COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

Sumber: IG Shuib