berita

Ibu Bapa Kongsi Perubahan Positif Anak Mereka Selepas Jalani Program PediaSure Grow to Great™!

October 5th, 2022 | by Sya Alkaf
Shout Out!

PediaSure Grow to Great™ mengisahkan tentang 15 pemain muda sukan bola sepak yang dilatih oleh jurulatih Rudie Ramli, bekas pemain bola sepak negara untuk menjadikan mereka pemain bola sepak berjaya generasi seterusnya.

PediaSure Grow to Great™ boleh ditonton di laman web rasmi PediaSure di www.pediasuregrowtogreat.com.my. Korang akan dapat lihat sendiri macam mana para peserta dilatih dengan penuh disiplin dan dibekalkan dengan nutrisi secukupnya bagi memastikan mereka kekal bertenaga.

Ibu bapa puas hati lihat pertumbuhan badan, perkembangan skill & stamina anak mereka.The 'PediaSure Grow to Great' coaches watching as the participants compete against each other during one of the training sessions.

Tidak hanya fokus kepada latihan bola sepak, melalui program PediaSure Grow to Great™ peserta juga didedahkan mengenai kepentingan pengambilan makanan bernutrisi dengan cara yang betul bagi menyokong pertumbuhan tubuh badan mereka sekaligus, menyumbang kepada peningkatan prestasi.

Hal ini kerana, pengambilan makanan yang lengkap dan seimbang dapat menyokong tumbesaran kanak-kanak dan remaja.

Sepanjang program berlangsung, pakar nutrisi bertauliah telah menyediakan menu bernutrisi untuk peserta. Peserta juga ada akses bebas ke bilik pantri yang dipenuhi dengan pelbagai maklumat kesihatan selain produk PediaSure.

Image from TV3 (Provided to SAYS)

Tidak hanya fokus kepada latihan bola sepak, melalui program PediaSure Grow to Great™ peserta juga didedahkan mengenai kepentingan pengambilan makanan bernutrisi dengan cara yang betul bagi menyokong pertumbuhan tubuh badan mereka, sekaligus menyumbang kepada peningkatan prestasi.

Hal ini kerana, pengambilan makanan yang lengkap dan seimbang dapat menyokong tumbesaran kanak-kanak dan remaja.

Dalam mencapai usaha tersebut, para perserta turut dilengkapi dengan jadual makanan yang dikawal teliti oleh pakar nutrisi serta diberikan akses ke sebuah pantri yang dipenuhi pelbagai produk PediaSure khusus bagi membekalkan zat dan keperluan nutrisi yang secukupnya setiap hari.

Anak lebih yakin, bersemangat dan fokus ketika berada dalam padang

Encik Mohd Haneef Bin Ahmad, 40, bapa kepada Muhammad Hazeeq bin Mohd Haneef, 13, sangat berpuas hati dengan hasil latihan PediaSure Grow to Great. 

“Setelah menjalani latihan ini, anak saya lebih yakin, bersemangat dan fokus ketika berada dalam padang. Program PediaSure Grow to Great™ meningkatkan keyakinan anak-anak dalam pelbagai aspek dan memberi peluang dan semangat kepada mereka untuk pergi lebih jauh dalam arena sukan bola sepak”.

“Bukan itu sahaja, sejak minum susu PediaSure 10+, selera anak saya menjadi lebih baik. Perubahan lain yang saya dapat lihat..iaitu pada tumbesarannya yang lebih baik dan staminanya lebih cergas.”

Nampak bertenaga dan semangat di atas padang.

Encik Muhamad Bin Md Isa, 44, bapa kepada Muhamad Al-Mudzil Ibtisam bin Muhamad, 12, sangat gembira dengan adanya program seperti PediaSure Grow to Great™ yang bagus untuk pembangunan bola sepak di negara dan membuka lebih banyak peluang untuk anak-anak menyerlahkan potensi diri mereka selayaknya.

Encik Muhamad juga gembira dengan perkembangan positif yang ditunjukkan oleh Al-Mudzil semenjak menjalani latihan dan pengambilan PediaSure 10+.

Dia berkata, skill permainan dan keyakinan diri Al-Mudzil kini semakin baik hasil didikan jurulatih bertauliah.

Antara perubahan dari segi fizikal, saya nampak ada perubahan selera & tumbesaran yang dialami oleh Mudzil”

Anak lebih pantas dan cergas

Bagi ibu bapa kepada Amir Danish bin Mohd Rodin, 13, Encik Mohd Rodin Bin Che Ghani, 57 dan Puan Raziah Binti Kassim, 47 berpendapat PediaSure Grow to Great™ adalah program yang amat baik dan dapat melihat banyak perubahan positif dari segi mental serta fizikal.

“Dari segi mental, anak kami semakin fokus dan ada keyakinan diri serta aktif dan bertenaga. Dari segi skill permainan pula dia kelihatan lebih pantas dan cergas ketika berada di dalam padang, ditambah pula dengan tunjuk ajar oleh coach semasa menyertai program PediaSure Grow to Great™.

Perubahan positif dari segi fizikal pula adalah tumbesaran anak kami bertambah baik. “Banyak juga yang telah kami pelajari dari segi pengambilan nutrisi yang lengkap dan seimbang yang boleh membantu anak kami dari segi fizikal serta mental.”

Perubahan yang positif dari segi stamina, skill permainan serta selera makan semakin baik

Menurut bapa kepada Muhammad Aiman Haziq bin Abu Hassan, 13 melalui PediaSure Grow to Great™ dirinya menyedari bahawa pengambilan nutrisi yang lengkap dan seimbang penting dalam perkembangan dan pertumbuhan anak-anak di dalam bidang sukan.

“Tidak dinafikan apabila menjalani program latihan PediaSure Grow to Great™ saya dapat melihat banyak perubahan yang positif ke atas anak saya sepanjang menyertai program ini terutama daripada aspek pertambahan selera makan, stamina dan skill yang semakin meningkat.”

“Namun, terdapat perubahan yang ketara dari segi tumbesarannya, stamina dan selera makan anak saya selepas minum susu PediaSure 10+. Aiman lebih fokus dalam permainan di padang,” ceritanya penuh ceria.

Anak menjadi lebih yakin.

Melihat perkembangan fizikal dan mental anaknya, Encik Mohd Hariz bin Mohd Rousdin, 39, bapa kepada Aryan Hariz, 11, kagum dengan latihan yang telah dijalani anaknya.

“Program PediaSure Grow to Great™ sangat bagus dan positif. Program ini telah membantu anak saya Aryan Hariz lebih yakin dalam permainan bola sepak. Saya sangat bersyukur anak saya terpilih untuk menyertai program ini daripada ramai yang hadir sesi pemilihan. Pada pandangan saya program ini telah mencapai matlamatnya.”

Tidak hanya mengalami perubahan dari aspek keyakinan dalam padang, stamina & tumbesaran Aryan juga bertambah baik selepas pengambilan PediaSure 10+.

Tambah Encik Mohd Hariz, tumbesaran kanak-kanak pada ketika usia 10-15 tahun adalah sangat penting. PediaSure 10+ mengandungi nutrisi lengkap dan seimbang untuk tumbesaran remaja. Dengan pengambilan 2 hidangan PediaSure 10+ setiap hari sememangnya dapat membantu anak saya Aryan dengan tumbesarannya.

Turut tidak ketinggalan untuk berkongsi pandangan dan harapan beliau mengenai program ini adalah Encik Rudi Ramli, Ketua Jurulatih program PediaSure Grow to Great™.

Beliau menyifatkan bahawa dalam program ini setiap peserta memiliki latar belakang yang berbeza dari segi umur, kemahiran dan stamina. Katanya, semuanya tak perfect, namun kita berusaha melatih mereka sebaiknya.

Harapan beliau agar segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang 6 minggu program berlangsung digunakan dengan baik oleh para peserta untuk meningkatkan stamina dan mempertajamkan lagi skill mereka.

Latihan juga harus konsisten kerana saya percaya peserta-peserta program ini memiliki potensi menjadi pemain bola sepak masa hadapan bagi pasukan negeri mahupun negara.

Ujarnya lagi, kesihatan diri dan penjagaan diet adalah dua faktor penting yang perlu dijaga. “Setiap pagi pemain akan minum susu PediaSure, Ini memberikan mereka nutrisi yang lengkap dan seimbang serta dalam masa yang sama tenaga agar peserta dapat bermain pada prestasi terbaik disamping menjaga pertumbuhan tubuh badan mereka. Kami, selaku jurulatih berharap pemain kekal berdisiplin dan menjaga kesihatan diri mereka kerana perjalanan mereka masih jauh”.

PediaSure komited untuk membantu tumbesaran kanak-kanak untuk memastikan mereka membesar dengan mencapai potensi yang maksimum

Image from PediaSure (Provided to SAYS)

Tahukah anda? Menurut laporan National Health and Morbidity Survey 2019 ¹, 1 daripada 5 kanak-kanak di Malaysia yang berusia 5 tahun ke bawah mengalami masalah kebantutan dan remaja di Malaysia 6cm lebih rendah berbanding remaja di seluruh dunia².

PediaSure komited untuk mengatasi masalah kebantutan tumbesaran tubuh kanak-kanak yang boleh dicegah dengan pengambilan nutrisi yang lengkap dan seimbang supaya kanak-kanak dan remaja dapat membesar untuk mencapai potensi maksimum dan menggapai impian mereka.

Keliru nak pilih produk yang mana satu? Mudah je! PediaSure dirumus untuk kanak-kanak berusia 1 sehingga 10 tahun. Sementara PediaSure 10+ dirumus khas untuk remaja berusia 10 tahun sehingga 15 tahun.

PediaSure

PediaSure adalah suplemen pemakanan bernutrisi lengkap dan seimbang untuk kanak-kanak berusia 1 sehingga 10 tahun. PediaSure mengandungi 38 nutrien penting seperti Arginina, Vitamin K2 dan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan terbukti secara saintifik untuk tumbesaran 50% lebih cepat3

Ianya merupakan suplemen pemakanan kanak-kanak nombor 1 yang disyorkan oleh pakar di Malaysia4.

PediaSure 10+

PediaSure 10+ adalah nutrisi lengkap dan seimbang pertama yang dirumus khas untuk remaja 10-15 tahun. Ianya mengandungi ‘Triple Growth System’ untuk meningkatkan ketinggian, tenaga & menyokong fungsi imun untuk remaja 10-15 tahun untuk mengejar peluang pertumbuhan terakhir.

Saksikan sendiri perkembangan 15 pemain muda bola sepak bersama-sama PediaSure 10+.

Layari https://pediasuregrowtogreat.com.my untuk tonton semua episod series PediaSure Grow to Great & untuk maklumat lanjut berkaitan program ini.

Rujukan:

1. National Health and Morbidity Survey, 2019.
2. WHO Growth Standards, 2007.
3. Alarcon PA, et al. Clin Pediatr (Philia). 2003;42(3):2019-17. 50% based on calculated value.
4. Abbott Regional HCP Tracker, conducted by IQVIA in Malaysia between April and June 2021.

SKIP THIS AD ×