Sepasang suami isteri yang tiba lewat di lapangan terbang nekad untuk meninggalkan bayi mereka di kaunter daftar gara-gara enggan membeli tiket berasingan.
Artikel Berkaitan: Anthony Loke Terjah Kapal Terbang, Buat Kejutan Beri Pengumuman Pra-Berlepas
Artikel Berkaitan: ‘Power Bank’ Meletup Punca Kebakaran Dalam Kabin Pesawat, Dua Penumpang Cedera
Tak nak beli tiket asing
Sekadar gambar hiasan
Kejadian berlaku semasa kakitangan penerbangan itu meminta pasangan suami isteri ini untuk menjelaskan bayaran tiket bayi mereka. Namun mereka berkeras enggan membayar untuk tiket tersebut.
Suami isteri yang mahu ke Brussel ini kemudian tergamak meninggalkan bayi mereka di dalam sebuah kereta sorong bayi (stroller). Sejurus itu, mereka kelihatan tergesa-gesa berlari ke bahagian pemeriksaan passport sebelum menaiki pesawat.
Menurut laman web penerbangan tersebut, penumpang yang mahu ‘terbang’ bersama anak, perlu membayar RM132 untuk duduk di atas riba. Manakala, untuk kerusi berasingan adalah sama seperti tambang untuk penumpang dewasa.
Kakitangan penerbangan terkejut
Sekadar gambar hiasan
Situasi ini telah mengejutkan seluruh kakitangan penerbangan tersebut dengan tindakan tidak diduga pasangan itu.
Kami tidak percaya apa yang kami lihat!
Semua kakitangan kami sangat terkejut. Kami tidak pernah melihat kejadian seperti ini berlaku di lapangan terbang.
Ibu bapa yang tidak bertanggungjawab itu telah disoal siasat oleh pihak polis setelah kakitangan penerbangan membuat laporan. Bayi itu kemudian ditemukan semula dengan ibu bapanya dan kejadian ini masih dalam sisatan pihak polis.
Sumber: CNN