Sedihnya kami baca perkongsian ini apabila tergamaknya seorang ibu hanya membekalkan anak kurma dan kismis sahaja. Lebih geram apabila jika ada yang membantu memberikan makanan kepada anaknya, ibu murid tahun dua ini akan marah kerana mencemari pola permakanan anaknya. Geram betul!
Bekal 3 biji kurma dan kismis
(sekadar gambar hiasan)
Dah dua hari saya perhatikan seorang murid tahun 2 ni. Hari pertama saya nampak dia kutip lebihan-lebihan makanan kawan-kawan yang ditinggalkan dan dia makan.
“Semalam dia menangis sambil makan bekalan dari ibunya. 3 biji kurma dan beberapa biji kismis. Saya perhatikan bila dia buka bekal terpacul dari mulut dia “sikit jer”.” Dan dia terus nangis! saya cuba hampiri dia tiba-tiba ustazah yang mengajar di situ menarik tangan saya.
Menurut wanita ini, dia terkilan apabila kanak-kanak 2 tahun ini terpaksa berlapar hanya kerana dibekalkan kurma dan kismis sahaja oleh ibunya. Apabila ditanya kanak-kanak ini terus menangis. Wanita ini menyangka murid ini susah lalu ingin cuba hampiri untuk membantu namun ditarik oleh seorang tenaga pengajar disitu.
Kalau bagi makan, mak dia marah
(sekadar gambar hiasan)
Ustazah : Biarkan Aida.. dia memang macam tu. Mak dia tak benarkan makan makanan lain selain dari bekalan yang dibawa dari rumah.
Duit pun tak pernah bagi sebab tu dia antara orang terakhir yang masuk kelas sebab dia akan kutip lebihan yang tinggal di bekas makanan yang kawan-kawan dia beli.
“Kalau awak bagi nanti mak dia akan marah dan cakap awak mencemari pemakanan anak dia.”
Erm… kalau nak anak suci sangat jangan sekolahkan anak di sekolah kebanyakan, kesian budak. Ibu bapa murid berkenaan bukan tak mampu tapi lebih dari mampu.
Lebih menyakitkan hati apabila tenaga pengajar tersebut memberitahu ibu kepada murid tersebut tidak membenarkan orang lain memberikan makanan untuk anaknya. Ibu bapa murid tersebut bukanlah dari golongan yang susah, namun menjaga pemakanan anaknya.
Perkongsian itu turut membuatkan ramai ibu-bapa yang lain bengang. Rata-ratanya menganggap ianya sesuatu yang kejam kerana menyeksa anak. Yelah budak baru 8 tahun, pasti la ada keinginan makan seperti orang lain. Geram betul!
Ramai geram
Sumber : Aida Puan Sri Squeq