berita

Ibu Berang Anak Dimalukan Di Sekolah, Diberikan Anugerah ‘Kosong’

June 8th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Ibu kepada seorang pelajar sekolah berkongsikan rasa berang dan sedih selepas anaknya dimalukan dengan tindakan gurunya menghadiahi kanak-kanak itu sebuah Anugerah ‘Kosong’.

‘Mustahil untuk jadi saya’

Foto: Mirror UK

Setiap guru mempunyai gaya dan kaedah yang berbeza untuk memberi inspirasi kepada generasi yang lebih muda, namun bukan setiap cara yang disampaikan mampu diterima dek akal.

Memetik laporan Mirror UK, seorang ibu dihampakan dengan tindakan seorang guru di sekolah anak lelakinya yang didakwa memalukan remaja tersebut dengan menyampaikan Anugerah ‘Kosong’ kepadanya di dalam kelas.

Patricia Buckley yang tinggal di Leake, Mississippi, Amerika Syarikat mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan remaja 14 tahun itu selepas dia pulang ke rumah dan kelihatan tidak gembira.

Selepas disoal, dia kemudian memaklumkan bahawa gurunya telah menyampaikan sebentuk sijil dengan deskripsi yang memalukan.

Anugerah Kosong

Mustahil untuk menjadi saya. Jangan cuba. Anda tak akan jumpa jalan penyelesaiannya.

Patricia kemudian menghubungi pihak sekolah untuk bertanya tentang anugerah tersebut dan kenapa ianya diberikan kepada pelajar di sekolah itu. Namun, pihak sekolah tidak dapat memberikan jawapan.

Anak lelakinya ingin kembali ke sekolah, namun Patricia kini dalam perancangan untuk memindahkan remaja itu ke sekolah yang lain ekoran insiden tersebut.

Menurut sumber, guru yang memberikan anugerah tersebut merupakan guru yang baru mengajar untuk tahun yang pertama.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×