berita

Ibu Berkerusi Roda Menangis Datang Balai, Terkilan Lima Anak Buat Laporan Polis Tuduh Gadai Geran Tanah

December 8th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Kompas

Tak dapat digambarkan betapa luluhnya hati wanita ini apabila lima orang anak kandungnya dipercayai telah melaporkan dia kepada pihak polis kerana dituduh menggadaikan geran tanah peninggalan arwah suaminya.

Dituduh gadai geran tanah

Foto: Kompas

Memetik laporan Kompas, wanita berusia 72 tahun yang dikenali dengan nama Rodiah dari Indonesia ini mengakui sangat terkejut dan terkilan dengan tindakan kelima-lima anaknya itu. Dakwa Rodiah, selepas tiga hari suaminya, Zein Choir meninggal dunia, anak sulung mereka iaitu Sonya dikatakan sering meminta empat geran tanah seluas hampir satu hektar yang disimpan Rodiah. Malah empat orang anaknya yang lain dikatakan sering mendesak supaya semua tanah tersebut diagihkan segera.

Meskipun begitu, Rodiah tidak pernah memberikan kesemua geran kepada mereka dan disebabkan itu, kelima-lima anaknya ‘mencuri’ geran tersebut sebelum mereka cerita mendakwa Rodiah telah menggadaikan tanah tersebut. Lebih kejam apabila kesemua mereka tergamak melaporkan perkara itu kepada polis.

Saya tidak menyangka anak sendiri akan laporkan ibu mereka kepada polis. Anak-anak mendakwa saya gadaikan kesemua geran tanah itu dengan harga 500 juta rupiah (RM146,840).

Ibu lumpuh menangis dikasari anak

Sekadar gambar hiasan

Lebih menyayat hati apabila mengetahui warga emas ini telah datang ke balai polis dengan menggunakan kerusi roda kerana kedua kakinya lumpuh akibat strok. Ketika disoal siasat, Rodiah yang tidak dapat menahan sebak telah mengalirkan air mata dan mengakui bahawa dia sering dikasari dan diugut oleh kelima-lima anaknya supaya menandatangani beberapa dokumen. Dakwa Rodiah, layanan buruk daripada anak-anaknya itu hanya terjadi selepas pemergian suami tersayang.

Saya ada lapan orang anak dengan tiga daripadanya tinggal bersama saya dan lima yang lain duduk berasingan. Kelima-lima anak itulah yang bertindak kasar dan laporkan saya kepada polis.

Tidak terhenti di situ, Rodiah mendakwa kelima-lima anaknya itu sering datang ke rumah untuk mengasari dan mengugutnya. Oleh hal demikian, Rodiah mendakwa dia kini menjadi trauma dan berasa takut setiap kali terdengar bunyi ketukan pintu di rumahnya.

Nak buat macam mana lagi, saya hanya mampu pasrah. Saya ada Allah SWT, saya serahkan semua nasib saya.

Sumber: Kompas

SKIP THIS AD ×