Gambar sekadar hiasan
Kejam! Seorang ibu dilaporkan mencincang badan anak lelakinya yang berusia lima tahun sebelum memakan sebahagian kepala.
Artikel Berkaitan: Sampai Rumah Nampak Isteri Dah ‘Tergantung’ & Dua Anak Tak Bernyawa, Nota ‘Terakhir’ Dedah..
Nak tinggal selamanya dengan anak
Memetik laporan Mirror.uk, wanita yang tinggal di Mesir itu dikatakan mencekik budak terbabit sebelum memotong badannya dan memakan sebahagian kepalanya.
Ibu yang dikenali dengan nama Hanaa dilaporkan memenggal dan ‘menelan’ anak lelakinya kerana ‘dia ingin tinggal bersama selamanya.’
Ketika ditahan, polis menemui cebisan daging mayat budak kecil dalam baldi di rumahnya di Faqus, sebuah bandar di wilayah Ash Sharqiyah Mesir.
Hanaa dikatakan telah berpisah dengan suaminya selama beberapa tahun.
Dalam pada itu, Hanaa mendakwa dia tidak berniat untuk membunuh budak lelaki yang dikenali sebagai Youssef.
Suspek dilaporkan mengalami masalah kesihatan mental yang mendorong dia melakukan perbuatan keji itu.
Sumber: Mirror.uk