berita

Ibu Chef Wan Meninggal Dunia

January 12th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Chef selebriti terkenal, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuan Ismail berkongsi berita duka kehilangan ibu tercinta, Noraini Abdullah kira-kira jam 6:20 pagi tadi.

Ibu Chef Wan meninggal dunia

Menerusi satu hantaran di Instagram, Chef Wan memaklumkan Allaahyarhamah ibunya yang berusia 93 tahun telah menghembuskan nafas terakhir ketika tidur.

Semoga rohnya tenang, di ampunkan segala dosa-dosa beliau serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman nanti.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di tanah perkuburan Cyber 10.

Terdahulu, Allahyarhamah dimasukkan ke Hospital Gleneagles Ampang Kuala Lumpur akibat kanser dan beberapa komplikasi penyakit lain.

Sumber: Chef Wan

SKIP THIS AD ×