
Ibu kepada aktor, Fattah Amin iaitu Azizah Abdul Ghani menyorot perhatian apabila meninggalkan komen di laman Instagram (IG) milik penyanyi, Amira Othman.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Hormat Keluarga Amira Othman, Enggan Kongsi Kisah Cinta Secara Terbuka – ‘Cinta Itu Wujud’
Puji kecantikan Amira
Menerusi hantaran yang dimuat naik, Amira berkongsi foto dirinya yang mengenakan jubah abaya dan tudung berona merah jambu dan coklat.
Azizah kemudiannya memuji kecantikan Amira yang menggayakan pakaian tersebut di ruangan komen.
‘Cantiknya’ – komen ibu Fattah Amin.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian apabila pelantun lagu ‘Hati-Hati’ ini membalas komen tersebut dengan bertanyakan satu soalan kepada Azizah.
Terima kasih (tapi) ibu ke anak ibu (yang komen) ini? Confusedlah (buat-buat confuse).
Komen Azizah & Amira Othman


Sumber: Instagram Amira Othman








