Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki Nigeria ditahan polis selepas disyaki merogol seorang wanita hamil sehingga mengakibatkan mangsa meninggal dunia.
Ibu mengandung mati dirogol
Sekadar gambar hiasan
Menurut sumber, suspek yang dikenali sebagai Emeka bersama sekumpulan lelaki telah memecah masuk kediaman mangsa, Chigbewejim Steward sekitar Februari tahun lalu.
Mangsa yang sedang hamil lima bulan ketika itu telah diculik dan dibawa ke sebuah lokasi sebelum dia dirogol beramai-ramai.
Akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan itu, mangsa disahkan meninggal dunia dan lebih kejam, suspek tergamak membuang mayat mangsa di sekitar kolam memancing. Turut ditemui pelbagai kesan lebam dan pendarahan di bahagian alat sulit mangsa.
Sementara itu, suami mangsa mendakwa pembunuhan itu berlaku kerana suspek berang dengan mangsa yang memanggilnya dengan gelaran ‘lelaki durjana’.
Suspek yang telah melarikan diri akhirnya berjaya ditahan polis berjaya 15 bulan kemudian.
Sumber: Gistmania