berita

Ibu Kecewa Anak 12 Tahun Cuba Cabul Adik Sendiri, Rupanya Dah Buat 3 Kali

July 1st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Saban hari kes berkaitan gangguan seksual terhadap kanak-kanak kian merisaukan. Begitaulah yang dilalui oleh seorang ibu apabila mendakwa anak sulungnya berusia 12 tahun itu kantoi cuba mencabul adik perempuannya berusia sembilan tahun ketika sedang tidur.

Anak sulung cuba cabul adiknya sendiri

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita yang juga merupakan seorang ibu telah menceritakan detik hitam itu kepada seorang aktivis kemasyarakatan iaitu Syed Azmi. Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku baru-baru ini pada sekitar hujung bulan Jun lalu.

Suami saya nampak Angah (adik perempuan) tengah baring mengiring dan Along (anak sulung) berada di belakangnya. Suami saya nampak dia macam mengintai nak tengok dan seluar Angah memang dah terlondeh masa tu.

Menerusi video temubual itu, wanita berkenaan memberitahu bahawa suaminya terkejut melihat tindakan yang dilakukan oleh anak sulungnya itu lalu mengejutnya untuk berbincang mengenai hal tersebut.

Saya pun tanya dia buat apa semua lepas tu dia mintak maaf dan dia tahu dia salah. Saya tanya kenapa buat macam tu, dia kata sebab dia suka dan lain tak sama dengan dia punya. Saya tanya tahu tak ni siapa? Dia kata tahu itu adik dia.

Lebih mengejutkan lagi apabila sebenarnya anak sulungnya itu telah melakukan perkara berkenaan sebanyak tiga kali kerana dia berasa suka bila dapat melihat serta meraba kemaluan adiknya itu.

Tak nak bercakap dengan anak

Sekadar gambar hiasan

Jelasnya lagi, pada sebelum ini anak lelakinya itu dikatakan hanya melondehkan seluar lalu menyentuh kemaluan anak perempuannya itu sahaja dan tidak melebih-lebih.

Lepas tu dia menangis, dia kata ‘mama pukul lah saya, saya tahu saya silap.’  Suami saya tak cakap apa-apa sebab terkejut dan tak bercakap dengan dia.

Selepas daripada kejadian itu, wanita berkenaan enggan bercakap dengan anak sulungnya kerana masih terkesan dengan tindakan yang dilakukan sehingga sanggup tidak mengajak anaknya makan sekali.

Walau bagaimanapun, Syed Azmi menasihati wanita berkenaan agar memujuk anaknya dengan mengambil hati kanak-kanak itu semula dan mengajar anaknya mengenai perkara yang tidak boleh dilakukan.

Pertama sekali puan kena pergi kat anak baca Al-Fatihah dan peluk  dan minta maaf jangan tunggu dia datang kat puan. Lepas tu tanya dekat dia hari itu along kata along tahu mana yang salah jadi mama papa nak tahu mana yang salah.

Sekali sekala puan kena buat soalan kuiz untuk dia tapi yang paling penting puan, puan boleh tak betulkan hubungan puan balik dengan along sebelum along cari orang lain. Dia buat silap tapi bukannya dia tak boleh dibaiki.

Pandangan dan nasihat

Sumber : Syed Azmi

SKIP THIS AD ×