berita

Ibu Koma Terjaga Lepas Anak Menari Tiktok, Netizen Pecah Perut Tonton Babak Sinetron Ini!

January 27th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Tidak dinafikan, sinetron Indonesia sememangnya sering menjadi pilihan penonton kerana kebanyakan jalan cerita mereka agak menarik dan menghiburkan. Walaupun kadang kala tidak logik, namun ianya mampu diingati ramai penonton seperti video yang viral di TikTok baru-baru ini.

Salah satu adegan dalam sinetron Kisah Nyata yang ditayangkan di Indosiar menjadi bualan hangat netizen. Mana tidaknya, ada babak di mana ibu koma tiba-tiba bangun setelah mendengar muzik TikTok. Lawak betul!

Ibu sedar dari koma

@ndaru_hmungkin judul sinetronnya “Istriku tersadar dari koma karna aku dan anakku joged tiktok” #fypdongggggggg #fypdong #fy #fyp? original sound – Bu Tejo

Semuanya bermula ketika si ayah mengingatkan anaknya untuk terus berkomunikasi dengan ibunya walaupun dia dalam keadaan koma.

Mudah-mudahan, dengan terus bercakap dengan ibu kamu, saraf otak ibu anda dapat bertindak balas. Dan ibu anda akan segera bangun.

Apa yang menghiburkan apabila saat anak tampil memberi cadangan agar mereka menari TikTok kerana ibunya sangat gemar bermain aplikasi tersebut.

Oh ya, bagaimana kalau kita menari TikTok. Siapa tahu jika anda mendengar muzik TikTok, anda pasti sedar.

Kemudian ayahnya setuju lalu mereka memainkan video dan muzik di TikTok sambil menari mengikut rentak. Namun secara tiba-tiba ibu mereka sedar dari katil pesakit.

Kok kalian joget TikTok ngak ngajak ibu.

Rakaman video ini viral dan ruangan komen mula dibanjiri dengan komen-komen yang lucu. Rata-rata terhibur dengan babak drama tersebut dan ada juga yang menganggap drama tersebut terlalu merepek. Tak kurang juga yang berang dengan pengarah drama tersebut yang seolah-olah menggalakkan orang ramai bermain TikTok tidak kira masa. Adoi lawak betul!

Respon netizen

Sumber : Tiktok

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×