Foto: Puan Eda Ni
Seorang ibu dikenali sebagai Puan Eda Ni menerusi satu posting di laman Facebook mendakwa anaknya telah dirontan oleh seorang guru. Tidak berakhir di situ, wanita ini turut berkongsi beberapa keping foto yang dijadikan bukti anaknya telah menjadi mangsa.
Perkongsian tersebut juga menimbulkan tanda tanya di sebalik motif kejadian berkenaan yang disifatkan tidak wajar. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Alor Setar, Kedah.
‘Hanya sebab tak siap kerja sekolah’
Foto: Puan Eda Ni
Menerusi empat foto yang dikongsi memaparkan keadaan lengan anaknya yang ‘berbirat’ dan muka anaknya yang juga bercalar. Bahkan, foto pembaris yang sudah ‘patah’ turut dikongsi memberi gambaran anaknya dipercayai telah dipukul menggunakan pembaris kayu tersebut.
Bercerita lebih lanjut, wanita ini mendakwa guru anaknya berbuat demikian kerana anaknya gagal menyiapkan kerja sekolah yang baru sahaja diberi.
Allahu ketaq tangan badan. Jatuh air mata. Cikgu tibai Danish hanya sebab tak siap kerja sekolah lagi yang baru beri.
Menerusi dua posting yang lain, wanita ini turut berkongsi sudah membawa anaknya ke klinik dan satu laporan polis telah dibuat. Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang info tambahan di sebalik kejadiaan berkenaan.
Allahuakhbar Terima kasih doa semua. Allah permudahkan. Biar undang-undang tentukan.
Sumber: Puan Eda Ni