Seorang ibu berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia 14 jam selepas bayi lelakinya, Kevin Deguitas yang berusia lima bulan meninggal dunia.
Meninggal lepas pemergian bayi
Foto: Viktorija Mardosiene
Memetik laporan Mirror UK, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada Ogos tahun lalu iaitu selepas Kevin dipercayai berada dalam keadaan kesejukan selain tidak bernafas ketika tidur. Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Universiti Royal Stoke, England namun mangsa tidak dapat diselamatkan.
Viktorija Mardosiene (ibu Kevin) yang mengalami sakit dada telah pergi hospital untuk mendapatkan rawatan namun siapa sangka, sekitar 14 jam selepas pemergian anak tercinta, Viktorija disahkan meninggal dunia di hospital yang sama dengan Kevin akibat serangan jantung.
Hasil pemeriksaan di rumah mendapati ruang tamu dipenuhi dengan kotak selain mainan berselerak di lantai. Turut ditemui beberapa tin alkohol di bilik tidur Viktorija.
Berdasarkan siasatan awal, paramedik memberitahu bahawa Kevin dipercayai tidak mendapat udara yang mencukupi. Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan dalaman atau luaran yang dialami Kevin.
Sumber: Mirror UK