berita

‘Ibu Minta Maaf Suamiku Tercinta, Rayfal & Jemyma Sayang’ – Fasha Sandha Keguguran

June 10th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, Aidil berkongsi kegembiraan bersama peminatnya apabila Fasha disahkan hamil selepas hampir dua bulan mereka bergelar suami isteri. Terbaru, menerusi Instagram milik Fasha Sandha, dia memaklumkan bahawa dia mengalami keguguran.

Dia turut terkilan kerana terlalu lasak buat kerja dan tidak mendengar nasihat doktor. Sama-sama kita doakan agar pasangan ini tabah menghadapi ujian Allah ini.

Maafkan ibu

Ibu mintak maaf suamiku tercinta , Rayfal dan Jemyma sayang. Sebelum cuti beraya, doktor dah pesan,untuk banyakkan berehat, jangan terlalu lasak-lasak.
Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ni.

Ibu naik turun keretapi, naik turun kapal terbang, jalan laju2, buat kerja, sampai selalu terlupa ada baby kecil dalam perut ibu. Ibu terlalu aktif sampai lupa kandungan awal ibu perlukan ibu banyak berehat. Ibu tau ibu bukanlah ibu yang terbaik.

Doakan kami kuat

To my dear followers,  Thank you for all your well wishes on my pregnancy. I’m deeply saddened to tell you I’ve miscarried. Doakan supaya kami kuat dalam melalui ujian ini. @itsaidilaziz kita teruskan berdoa dan usaha, semoga kita ada rezeki lagi dimasa akan datang. InsyaAllah kita akan lebih kuat #aidilfasha

Terima kasih Allah kerana telah menumpangkan ‘Anak Syurga’ ini dalam rahimku, walaupun hanya untuk seketika.
#Allahisthebestplanner #redha#anakSyurgaibuAyah

Ramai sedih

Sumber : Fasha Sandha