berita

Ibu Muda Maut Ditembak Anak Berusia 3 Tahun

March 17th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita di Illinois, Amerika Syarikat dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai ditembak oleh anak lelakinya yang berusia tiga tahun pada jam 8.30 malam hari Sabtu yang lalu (12/3/2022).

Anak tertembak mak

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Wion News, mangsa dikenali sebagai Daejah Bennett, 22, terkena peluru pada bahagian leher sebelum dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Chicago. Bagaimanapun wanita ini disahkan meninggal dunia. Ketika kejadian kanak-kanak tersebut secara tidak sengaja menembak mati ibunya ketika bermain dengan sepucuk pistol milik bapanya.

Insiden tersebut berlaku di luar kedai Food 4 Less di kawasan kejiranan Dolton. Ujar pihak polis, kanak-kanak itu menjumpai pistol ketika sedang berada di tempat duduk belakang kereta ketika ibu bapanya sedang berada di bahagian depan.

Entah bagaimana dia mendapat pistol itu lalu mula bermain dengannya, mengacukan dan melepaskan tembakan.

Ketua Polis Dolton, Robert Collins Jr. menjelaskan bapa kepada kanak-kanak ini didakwa atas pertuduhan penyalahgunaan senjata api.

Romell Watson, 23, akan didakwa kerana menggunakan senjata secara tidak sah.

Sumber: Wion News

SKIP THIS AD ×