Sudah menjadi kebiasaan seorang bayi yang berusia awal empat bulan mengutip apa sahaja yang dilihatnya di atas lantai untuk dimasukkan ke dalam mulut. Situasi tersebut pernah terjadi pada pasangan suami isteri ini dimana bayi mereka telah ‘menjamah’ seekor lipas ke dalam mulutnya.
Sisa lipas yang dimakan bayi
@rianaria21??WARNING?? ??? ##fyp?? ##fypdonggggggg? original sound – Riana Ramlan
Situasi panik itu telah dikongsikan pengguna TikTok dari Indonesia yang dikenali sebagai Riana Ria. Dia langsung tidak menyedari bayinya telah memakan seekor lipas dan hanya tinggal kaki serangga itu sahaja. Malah, tangan bayinya juga melekit setelah memegang dan memakan serangga itu.
Video yang mendapat tontonan tinggi dengan 150 ribu tanda suka itu dipenuhi dengan nasihat netizen untuk membawa bayi berkenaan ke hospital. Ini kerana bimbang bayi itu akan terkena jangkitan kuman yang terdapat pada serangga tersebut.
Jangan salahkan ibunya
Sementara itu, meninjau di ruang komen pada posting berkenaan, rata-rata netizen menyalahi ibunya yang tidak memberi tumpuan dan menjaga bayi tersebut dengan sebaik mungkin. Malah, ada di antara pengguna TikTok menasihati untuk diletakkan kesalahan tersebut kepada si ibu semata-mata. Mungkin si ibu betul-betul tidak perasan kehadiran serangga tersebut berdekatan anaknya.
Semoga situasi sedemikian dapat memberi pengajaran buat semua para ibu bapa untuk lebih peka terhadap anak masing-masing. Ini adalah bagi menghindari perkara tidak diingini berlaku kepada anak-anak anda.
Sumber: Riana Ria 21