Pelakon dan model berbakat, Hariz Hamdan, mengakui dia tidak pernah merasai pengalaman pulang ke kampung untuk beraya seperti kebanyakan orang lain.

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Menangis Ketika Dapat Al-Quran Masa ‘Birthday’, Hariz Hamdan Bukan Nak Tunjuk Baik

Artikel Berkaitan: Netizen ‘Makan Hati’ Tengok Hariz Hamdan Satu ‘Frame’ Dengan Nickhun 2PM – ‘Jealous! Crush Aku Tu’

Cari jodoh yang duduk jauh

Ketika ditemui OhBulan!, Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 24, mendedahkan bahawa ibunya pernah menasihatinya supaya mencari jodoh yang menetap agak jauh agar dia berpeluang merasai sendiri suasana pulang beraya di kampung.

Saya tak pernah ada pengalaman balik kampung atau beraya berhari-hari.

Ibu saya pun selalu pesan, kalau nak cari jodoh, carilah yang duduk jauh sedikit supaya boleh rasa pengalaman balik raya.

Saya tak kisah jodoh saya duduk di mana, asalkan jangan terlalu jauh seperti duduk di luar negara.

Hariz berkata demikian ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya di Saloma Kuala Lumpur.

Teringin rasa pengalaman sendiri

Dalam masa sama, Hariz turut berkongsi keinginannya untuk merasai pengalaman seperti yang sering dikongsikan di media sosial, termasuk terperangkap dalam kesesakan jalan raya, yang walaupun mencabar, tetap meninggalkan pengalaman.

Saya teringin juga untuk beraya di kampung.

Bila tengok media sosial, kawan-kawan semua post macam tengah tersangkut dalam jem, nak juga saya rasa.

Walaupun saya tahu benda itu tak seronok, kadang-kadang kita tetap nak rasa juga.