
Tidak lagi berahsia, ibu kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berstatus duda pada tahun ini.
Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Kongsi Foto Anak & Cucu, Netizen Doa Keluarga Kembali Bersatu – ‘Air Dicincang Tidak Akan Putus’
Artikel Berkaitan: Sengketa Sudah Berakhir, Fauziah Sarman Kongsi Foto Hadir Ke Majlis Akikah Anak Shila Amzah
Tamatkan zaman ibu tunggal
Memetik laporan Harian Metro, Fauziah berkata, jejaka tersebut berjaya membuka hatinya untuk kembali mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas hampir dua tahun bergelar ibu tunggal.
Tambah Fauziah, lelaki itu juga memiliki peribadi yang baik dan penyayang.
Kami sudah berkawan selama beberapa bulan dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Dia seorang yang baik dan penyayang serta tahu sebahagian suka duka hidup saya.
Sebagai orang dewasa, kita menjalin hubungan yang matang berbeza ketika zaman muda dahulu. Si dia juga mempunyai pekerjaan tetap dan ada ‘bisnes’ sendiri.
Setakat ini, hubungan kami berjalan lancar dan direstui keluarga kedua belah pihak termasuk semua anak-anak saya.
Shila juga sudah bertemu dengannya dan beritahu dia turut gembira bila dapat tahu saya sudah temui kebahagiaan dalam hidup sekarang.
‘Kami kahwin tahun ini’
Mengenai urusan perkahwinan, Fauziah bagaimanapun belum bersedia berkongsi tentang tarikh akad nikah dan akan memaklumkan kelak apabila sudah bersedia.
Insya-Allah, soal jodoh adalah urusan Allah SWT. Jika semuanya berjalan lancar, kami rancang untuk berkahwin pada tahun ini.
Saya akan kongsi berita baik itu bila sampai masanya nanti. Saya mohon semua doakan yang terbaik.
Untuk rekod, Fauziah pernah berkahwin dengan penyanyi popular era 80-an, Datuk ND Lala pada pada 1989 sebelum sah bercerai pada 2 Ogos 2023.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Shila, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada.
Sumber: Harian Metro