
Setiap pasangan yang berumah tangga pasti mengimpikan cahaya mata namun, tidak semua mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Artikel Berkaitan: Terjaga Dari Tidur, Ibu Temui Anak Mati Dalam Kereta Sebab…
Artikel Berkaitan: Bayi Perempuan Usia 8 Bulan Maut Tertinggal Dalam Kereta, Ibu Terlupa Hantar Pergi Taska
Ibu sibuk cucuk bibir
Memetik laporan Today, seorang wanita berusia 20 tahun yang berasal daripada California itu dipercayai meninggalkan dua anaknya di dalam kereta selama 90 minit dengan keadaan penghawa dingin tidak ditutup.
Difahamkan, wanita terbabit bergegas ke sebuah spa bagi rawatan ‘lip filler’.
Akibat ditinggalkan terlalu lama, sistem penghawa dingin berhenti berfungsi.
Suhu luar mencecah 38.3 darjah celsius dan menyebabkan suhu dalam kereta melonjak pada sehingga 61.6 darjah celsius.
Syarikat pengeluar menyatakan bahawa penghawa dingin akan tidka berfungsi secara automatik sekiranya kenderaan tidak bergerak selama satu jam.
Mulut berbuih

Setelah selesai rawatan ‘lip filler’, wanita terbabit menemui anaknya yang berusia setahun dalam keadaan sawan dan mulut berbuih.
Dia (si ibu) cuba beri bantuan pernafasan sebelum menghubungi talian kecemasan.
Suhu kanak-kanak itu mencecah 41.7 darjah celsius dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Berdasarkan laporan, wanita yang dikenali sebagai Maya itu dikenakan tindakan mahkamah atas kematian secara cuai dan penganiayaan terhadap kanak-kanak.
Sumber: Today








