Seorang wanita tidak menyangka keputusannya untuk berkahwin semula selepas berpisah telah menghancurkan masa depan lima anak perempuannya.

Artikel Berkaitan: Budak 6 Tahun Menangis, Mengadu Kemaluan Merah & Sakit..Rupanya Dicabul Bapa Tiri Masa Ibu Keluar Kerja

Artikel Berkaitan: Atuk Ada Penyakit Jantung Mengaku Tak Bersalah C*bul Remaja 14 Tahun

5 anak jadi mangsa bapa tiri

Seorang pengamal undang-undang, Puan Siti Hajar Pozi menerusi satu perkongsian bersama Mingguan Wanita berkongsi kisah yang dilalui oleh salah seorang kliennya.

Wanita tersebut yang merupakan pekerja kilang terpaksa bekerja keras dan melakukan kerja lebih masa (OT) setiap hari demi menyara keluarga.

Disebabkan suaminya itu seorang penganggur, anak-anaknya tinggal bersama bapa tiri mereka di rumah ketika dia bekerja.

Namun malangnya, lelaki yang diharapkan menjadi pelindung itu rupa-rupanya pemangsa dan melakukan perbuatan terkutuk terhadap kelima-lima anak tirinya.

Ada ibu datang jumpa saya, berkongsi 5 anaknya jadi mangsa serakah suami baru dikahwininya selepas bercerai. Dia akui sibuk mencari rezeki tanpa sedar anak-anaknya jadi mangsa suami barunya.

Perbuatan jijik itu hanya terbongkar apabila salah seorang daripada mangsa memberanikan diri menceritakan kejadian kepada seorang guru di sekolah. 

Boleh kantoi sebab anak cerita dengan ustazah di sekolah. Ustazah kemudian buat laporan. Si ibu terkejut rupanya anak dari umur 8 tahun lagi dirogol.

Wanita tersebut berkata, niatnya berkahwin kali kedua adalah agar suami baharu dapat membantunya menjaga anak-anak sementara dia bekerja. Namun malangnya, pilihan itu telah menghancurkan masa depan anak-anak kandungnya sendiri.

Sebab itu saya katakan, wanita silalah bahagiakan diri sendiri dulu dan anak-anak. Jangan dicari cinta baru seolah-olah mahu membalas dendam bekas suami kahwin lain tanpa check latar belakang suami baru.

Menurut Puan Siti Hajar, susulan laporan yang dibuat, lelaki terbabit telah didakwa di mahkamah dan kes kini sedang dalam perbicaraan. Kelima-lima anak perempuan itu pula ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sumber: Mingguan Wanita