berita

Ibu Tangmo Nida Maafkan 2 Rakan Mendiang Selepas Ditawarkan RM3.8 Juta?

March 5th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Kes kematian selebriti terkenal Thailand, Tangmo Nida yang didakwa terjatuh dari bahagian belakang bot laju akibat kecuaian pemandu bot, Phaiboon Roberts menjadi perhatian ramai.

Artikel berkaitan : Kisah Sedih Di Sebalik ‘Glamor’ Tangmo, Pernah Telan Sebungkus Pil Tidur & Kelar Tangan Selepas Bercerai

Artikel berkaitan : Kes Mati Lemas Tarik Perhatian Ramai, Siapa Tangmo Nida Sebenarnya?

Artikel berkaitan : Foto Mayat Tangmo Nida Ketika Ditemui Tersebar Di Media Sosial

Terbaharu, kenyataan ibu Tangmo mengejutkan ramai pihak apabila dia membuat keputusan untuk memaafkan dua individu yang menjadi punca kematian pelakon terkenal itu.

Maafkan 2 individu sebab dapat RM3.8 Juta

Sebelum ini, pertemuan di antara rakan mendiang bertukar menjadi sebak apabila ibunya, Panida Sirayuthyothin sukar untuk memaafkan mereka semua. Namun begitu, apa yang mengejutkan apabila ibu Tangmo dikatakan sudah memaafkan Phaiboon serta Tanupat ‘Por’ Lerttaweewit yang merupakan pemilik perusahaan bot laju.

Menerusi ciapan seorang pengguna di Twitter mendakwa Panida berlembut hati kerana dua lelaki berkenaan berkali-kali menghubunginya untuk meminta maaf kerana menyesal dengan apa yang sudah terjadi. Sebagai tanda maaf, dua individu tersebut ‘menghadiahkan’ wang bernilai 30 juta BHT (RM3.8 juta) untuk pengebumian Tangmo.

Mak dia masih tidak ada peguam. Dia (ibu Tangmo) tidak tahu dengan memaafkan mereka akan mengurangkan hukuman kelak. Mereka bersopan santun dan selalu menghubunginya serta sering pergi ke kuil untuk mendoakan Mo (Tangmo). Dia tidak kisah pun pasal kebenaran, dia cuma nak kata-kata manis sahaja.

Meskipun tidak dapat mengembalikan Tangmo, mereka berharap agar pemberian itu boleh mengubati kedukaan keluarga Tangmo. Panida turut mengesahkan bahawa anaknya itu tidak mendaftarkan anak Kratik, Easter sebagai anak angkat dan segala duit pampasan insurans akan dikendalikan olehnya.

Ibu Tangmo sibuk cakap pasal harta pusaka

Ketika temu bual di sebuah rancangan TV, Panida mengatakan bahawa wang yang diberikan itu adalah berlipat ganda daripada pendapatan Tangmo setahun dan berpendapat bahawa dia mempunyai kuasa untuk mengaturkan segala harta pusaka anaknya itu.

Tangmo berlakon satu drama dengan harga 800,00 BHT (RM102,264.17) hingga 1,000,000 BHT (RM127,830.21). Saya fikir kalau Mo akan hidup 30 tahun lagi. Cuba gandakan berapa?

Walau bagaimanapun, peguam yang dikenali sebagai Sittra Biabungkerd yang turut hadir dalam rancangan TV berkenaan menyifatkan sikap Panida itu terlalu cepat untuk memikirkan hal harta mendiang anaknya itu kerana Tangmo baru sahaja 10 hari meninggal dunia. Dia perlu melantik peguam terlebih dahulu dan melalui proses mahkamah sekurang-kurangnya dalam tempoh dua bulan untuk menguruskan urusan terbabit.

Saya rasa kesian dengan Mo. Selama dia hidup, wujudkah insan yang betul-betul ikhlas sayangkan dia tanpa ada apa-apa manfaat? Sampaikan dia sudah meninggal pun masih ada yang nak ambil kesempatan.

Sanggup tukar nama ‘Nida’ sebab ibunya

Difahamkan, pelakon berusia 37 tahun itu sanggup menukar nama ‘Nida’ sebagai hadiah hari lahir ibunya dan berharap dengan penukaran nama tersebut dia dapat berbaik semula dengan ibunya kerana hubungan mereka pernah renggang sebelum ini.

Sementara itu, pihak polis juga memaklumkan bahawa siasatan mengenai kejadian terbabit akan diselesaikan dalam masa satu bulan setengah.

Sumber : Khaosod, weondiffbracket, Coconuts, monta

SKIP THIS AD ×