berita

Ibu Tergamak Seret & Langgar Anak Kandung Berkali-Kali Sampai Maut, Mayat Dibuang Ke Dalam Sungai

March 8th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Myfox8

Memang tidak dinafikan, tugas seorang ibu adalah untuk mendidik, menyayangi dan melindungi anak-anak. Tetapi siapa sangka, di sebalik figura seorang wanita yang bergelar ibu ini tergamak membunuh anak kandungnya sendiri.

Langgar berkali-kali

Foto: ABC News

Memetik laporan daripada ABC News, seorang wanita yang dikenali dengan nama Brittany Gosney dipercayai tergamak melanggar anak lelakinya yang berusia enam tahun sehingga maut. Difahamkan kejadian tersebut pada awalnya berpunca apabila suspek ingin meninggalkan mangsa dan dua lagi adik-beradiknya itu di sebuah taman sebelum berlalu pergi.

Kanak-kanak malang ini kemudian cuba kembali ke kereta dengan mencapai pemegang pintu. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila suspek bertindak kejam dengan menyeret dan melanggar mangsa berkali-kali sehingga maut.

Buang dalam sungai

Foto: ABC News

Selepas mendapati mangsa sudah tidak bernyawa, suspek kemudian membawa mayat mangsa bersama-sama dua orang lagi anaknya ke rumah mereka yang terletak di  Middletown, Ohio. Hanya kerana mahu menutup kesalahannya, suspek bersama teman lelakinya berpakat untuk membuang mayat mangsa ke dalam sungai.

Menurut pihak polis, kedua-dua suspek juga dikatakan telah membuat laporan kononnya mangsa telah hilang. Tetapi pihak polis merasa pelik dengan kenyataan dan laporan tersebut. Susulan daripada itu, pihak polis telah menjalankan siasatan dan mendapati mangsa sebenarnya telah dibunuh. Ekoran daripada itu, kedua-dua suspek telah ditahan untuk membantu siasatan. Sementara dua orang anak kandung suspek telah ditempatkan di rumah kebajikan.

Sumber: ABC News, Myfox8

SKIP THIS AD ×