berita

Ibu Terkejut Anak 2 Tahun Ditinggal Sendirian & Bergelap Di Taska – ‘Dengar Suara Anak, Nampak Dia Berdiri Di Tingkap Kecil’

February 24th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto:Mirror UK

Seorang ibu mendakwa sangat terkejut selepas mendapati anak perempuannya yang baru berusia dua tahun ditinggalkan sendirian di taska dalam keadaan pintu berkunci dan lampu dimatikan.

Terkurung di taska

Foto:Mirror UK

Memetik laporan Metro UK, insiden cemas itu hanya disedari oleh Stephanie Martinez ketika dia mahu menjemput anak perempuannya, Anatasia berusia dua tahun dari sebuah taska di Florida di Amerika Syarikat (AS). Setibanya di sana, dia melihat pintu taska tersebut sudah berkunci, lampu juga telah dimatikan malah keadaan di situ sangat sunyi seperti tidak berpenghuni.

Apa yang membuatkan Stephanie bertambah cemas apabila dia langsung tidak melihat sosok anak perempuannya. Bimbang sesuatu perkara buruk berlaku, wanita ini segera menghubungi ibu saudara Anatasia dan pihak taska memaklumkan bahawa dia tidak menemui anaknya di taska sedangkan pada hari tersebut, dia tidak menjemput kanak-kanak itu pulang.

Saya mula ketuk, mengetuk setiap tingkap. Saya tak dapat melihat apa-apa kerana semuanya gelap. Akhirnya, saya mendengar suara anak dan dia muncul di tingkap kecil.

Ibu saman taska sebab cuai

Sekadar gambar hiasan

Stephanie cuba menghubungi pihak taska namun tiada sebarang respon yang diterima. Susulan daripada itu, Stephanie segera menghubungi pihak bomba dan mereka berjaya menyelamatkan Anatasia. Hasil daripada siasatan mendapati dua pekerja taska terbabit telah meninggalkan premis berkenaan sekitar jam 6:20 petang iaitu kira-kira lapan minit sebelum ketibaan Stephanie.

Berikutan daripada insiden yang berlaku, kedua-dua pekerja terbabit telah digantung tugas sementara siasatan dijalankan. Sementara menerusi satu kenyataan, pihak taska mendakwa mereka sangat mengutamakan keselamatan kanak-kanak dan akan menjalankan siasatan berhubung isu ini. Walaupun begitu, mereka bersyukur kerana Anatasia ditemui dalam keadaan yang selamat.

Difahamkan, Stephanie telah membawa isu ini ke muka pengadilan bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak akan berulang.

Sumber: Metro UK

SKIP THIS AD ×