berita

Ibu Vegetarian Biarkan Bayi 18 Bulan Mati Kebuluran

July 4th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang wanita vegetarian di Amerika Syarikat tergamak membiarkan anak lelakinya yang berusia 18 bulan mati kelaparan hanya kerana memberi bayi itu makan sayur dan buah mentah.

Bayi 18 bulan mati kebuluran

Wanita berkenaan dikenali sebagai Sheila O’Leary didapati bersalah oleh hakim pada Rabu lalu atas pertuduhan mendera sehingga menyebabkan kematian bayi, Ezra O’Leary pada September 2019.

Difahamkan, bayi malang seberat 7.7 kilogram (kg) itu dipercayai kurang 3.18kg daripada purata berat usianya ketika ibu bapa bayi terbabit menyedari bahawa mangsa sudah tidak bernafas lagi.

Menurut Ketua Unit Mangsa Khas di Pejabat Peguam Negara, Francine Donnorummo, mangsa tidak makan dan dipaksa untuk berlapar selama 18 bulan.

Dalam pada itu, Sheila dan suaminya, Ryan O’Leary memaklumkan kepada pihak polis bahawa Ezra mengamalkan diet vegetarian yang ketat, namun masih diberi susu. Mangsa dikatakan tidak makan selama seminggu dan mengalami kesukaran untuk tidur sebelum meninggal dunia.

Tertuduh membuat pilihan membunuh anaknya. Kebanggaannya untuk menjadi vegetarian telah menyebabkan mangsa meninggal dunia. Ia adalah sikap cuai sehingga nyawa manusia melayang.

Meninggal dunia sebab kurang zat makanan

Walau bagaimanapun, laporan bedah siasat mendapati bayi berkenaan meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan.

Sementara itu, pendakwa raya menyatakan bahawa Sheila gagal mendapatkan rawatan perubatan untuk anaknya itu apabila menyedari bayi terbabit sakit dan pasangan terbabit dikatakan turut mengabaikan tiga anak mereka yang berusia 11 tahun.

Sumber : Metro UK

SKIP THIS AD ×